Cara Beli Tiket Kapal Terbang Murah - 10 Panduan Yang Anda Patut Tahu.

Berikut adalah 10 panduan bagi memudahkan anda membeli tiket kapal terbang murah online. Ikuti panduan ini bagi menjimatkan perbelanjaan travelling anda.


Cara Beli Tiket Kapal Terbang Murah
Sumber : Google
Beli Tiket Kapal Terbang Murah

Harga Tiket Air Asia VS Malaysia Airlines

Untuk membeli tiket kapal terbang Air Asia Murah = sila beli tiket di antara 6 hingga 12 bulan sebelum melancong, tempah awal bagi mengelakkan ketinggalan kerana persaingan sengit.

Untuk membeli tiket kapal terbang Malaysia Airlines murah = sila beli tiket pada saat-saat akhir kerana harganya akan jatuh bagi menghabiskan jumlah seat yang masih kosong.

Harga Tiket VS Destinasi

Sesetengah harga tiket menawarkan harga yang jauh berbeza meskipun di dalam satu negara yang sama. Harga tiket ke Gold Coast, Australia jauh lebih mahal dari harga tiket ke Perth, Australia berdasarkan kepada lokasi, jarak dan keunikan tarikan pelancongan. Rancang perbelanjaan dan cadangan tempat menarik yang ingin ditujui dengan teliti supaya dapat membeli tiket kapal terbang dekat dengan lokasi yang dihajati.

Keunikan kawasan tarikan pelancongan di Gold Coast sesuai bagi percutian keluarga yang mempunyai anak-anak, manakala ianya berbeza di Perth jika ingin melihat kanggaroo dari jarak dekat - pastikan percutian yang dihajati - dekat dengan lapangan terbang bagi menjimatkan perbelanjaan percutian.

Formula Hari Dan Masa

Ada apa pada hari dan masa penerbangan?

Beli tiket kapal terbang pada hari SELASA, RABU DAN KHAMIS lebih murah jika membeli tiket kapal terbang pada hari JUMAAT, SABTU, AHAD DAN ISNIN.

Penerbangan waktu awal pagi, tengah malam lebih murah berbanding penerbangan waktu siang dan tengahari dan petang.

Follow Akaun Rasmi, Langgan Emel Untuk Promosi

Syarikat penerbangan akan melakukan promosi secara tetap bagi menarik perhatian pelanggan. Namun promosi ini biasanya waktu terhad dan mempunyai limit dari segi pembelian. Selalunya akan ketinggalan jika mendapat maklumat saat-saat akhir, oleh itu rajinkan melanggan buletin mereka di emel dan ikuti mereka di media sosial.

Penerbangan Terus VS Penerbangan Henti-Henti

BAS Ekpress VS Bas Lompat - pernah dengar tak? Ya, seperti bas, penerbangan juga mempunyai konsep yang sama, harga tiket kapal terbang penerbangan terus lebih mahal berbanding penerbangan yang berhenti di satu lokasi sebelum meneruskan penerbangan ke destinasi seterusnya. 

Hendak cepat - tak kisah kos - penerbangan terus.
Tak kisah masa - ingin berhenti di lokasi A bagi tujuan cuci sebelum tiba di destinasi yang dihajati - ingin jimat wang - penerbangan 'henti-henti' memang sesuai.

Promosi Tengah Malam

Sesetengah syarikat penerbangan gemar menggunakan konsep promosi tengah malam jam 12 malam. Jika anda beli tiket di waktu ini harganya murah berbaloi-baloi tetapi awas dengan internet yang lagging, lambat key in - melepas la peluang.

Bercutilah Pada Musim Bukan Bercuti

Yea, bercutilah pada waktu bukan musim percutian - kerana harga tiket pada waktu ini jauh lebih murah dari harga biasa.

Mendaratlah Di Lapangan Terbang Alternatif Jika Jimatkan Kos Pengangkutan

Sesetengah lapangan terbang hanya berbeza jarak 1 jam namun harga tiket kapal terbang sangat jauh berbeza. Jika penjimatan kos dapat dilakukan dengan naik kapal terbang + kenderaan darat lebih baik memilih mendarat di lapangan terbang alternatif.

Tiket Sehala VS Pergi Balik - Mana Satu?

Sesetengah promosi menawarkan harga perjalanan sehala yang lebih murah berbanding pergi-balik. Bagi menjimatkan kos anda sila beli tiket sehala untuk pergi dan tiket sehala untuk pulang - walaupun agak remeh dan sedikit menyusahkan namun sekurang-kurangnya menjimatkan beberapa beberapa ratusan ringgit wang poket anda.

Layari Website Bandingkan Harga

Seperti panduan tempah hotel dengan harga murah dan di waktu promosi, beli tiket kapal terbang online di sesetengah website kadangnya lebih murah dari website yang lain - namun anda harus waspada dengan kos yang tersembunyi - sila lakukan perbandingan seteliti yang mungkin sebelum menempah sebarang tiket penerbangan.

Related Posts