Di Jepun, OKU, Homeless Dan Miskin Rasa Terhina Jika Terima Bantuan Kerajaan..

Oleh : Wan Iskandar
 
Equity vs Equality

Di Jepun rasa sesiapa yang dah travel akan ternampak bukan? Nampak macam simple, tapi di Jepun, walaupun ada kebaikkan dan keburukkannya tersendiri, mereka lebih kepada konsep "Equity".

Bermaksud, semua berhak mendapat hak mereka sebagai rakyat berpadan pada situasi mereka. Bantuan diberikan bukan sahaja pada orang kurang upaya, malah ibu tunggal, anak-anak yatim malah ada skim khas untuk jobless.




"Habis kenapa di shinjuku, ueno, tennoji banyak homeless? "Kira ada juga lah orang susah di Jepun".

Rentetan daripada beberapa peristiwa daripada economic bubble burst, Tohoku Earthquake dan Kumamoto Earthquake, ramai orang Jepun yang umpama jatuh ditimpa tangga selepas berlaku peristiwa-peristiwa besar ini.

Tetapi suatu punca utama sebenarnya adalah orang Jepun terlalu proud dan ego untuk menerima bantuan kerajaan. Mereka, terutama homeless, dan beberapa handicap, rasa terhina jika mereka terpaksa menerima bantuan kerajaan atau menagih simpati kerajaan atau orang lain. 

 


Pernah tengok cerita 1 litre of tears? Bila ayah kepada aya memarahi ibunya kerana ingin memohon kad handicap untuk aya? Situasi begini normal di Jepun dan sememangnya menjadi masalah kepada social worker untuk memujuk mereka ke pusat sosial atau penjagaan, seperti orang-orang homeless.

2 tahun lepas, ada gerakan daripada sekolah-sekolah rendah di Osaka, pergi ke homeless-homeless di Osaka, memberi makanan, selimut dan juga menemani mereka pada waktu malam. Walaupun asalnya untuk memberi kesedaran kepada anak-anak jepun, ia juga bertujuan buat jangka masa panjang, memberi sense of belonging kepada homeless dan memupuk semangat kemasyarakatan.

Salah satu ego orang Jepun, orang-orang tua tidak mahu seat di dalam train. Mereka ini terutamanya golongan yang lebih proud dan ego lebih. Sebab mereka lah pencetus zaman "miraculous recovery" selepas zaman perang dunia kedua, dan mereka rela x berhenti kerja daripada duduk di rumah tidak buat apa, menghabiskan duit pencen kerajaan. 

Related Posts