Anina Pujuk Saya Agar Mengaku Diliwat Anwar - Bekas Pembantu Peguam Anwar


Bekas pembantu peguam Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mendakwa bekas ahli wanita Umno Langkawi Anina Saaduddin memujuknya agar membuat pengakuan diliwat oleh Anwar, Malaysian Digest melaporkan.
Bagaimanapun, Anina ketika dihubungi Berita Daily berkata beliau mahu orang ramai menilai sendiri pengakuan Yuktes itu tulis laporan itu lagi.

Beliau juga enggan mengulas lanjut.

Anina didakwa menjanjikan kemewahan dan kesenangan sekiranya, Yuktes bersetuju dengan cadangan tersebut.

Yuktes dalam Facebook dilaporkan menulis, apabila meninggalkan Anwar keselamatannya terancam dan kereta Hondanya dibakar.

Beliau mendakwa dibelasah hingga ada tiga jahitan di kepala.

"Dalam masa krisis itulah saya didatangi Anina Saadudin yang perkenalkan dirinya sebagai wakil mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Kata Anina, beliau nak jumpa saya sebab Tun telah mula "take notice of me" dan telah suruh Setiausaha Sulit dia untuk jumpa saya melalui Anina.

"Saya tanya dia kenapa Tun nak jumpa?

"Jawab Anina, hanya mengaku awak kena liwat oleh Anwar. Ia akan membantu BN menang pilihan raya," katanya dalam Facebook itu.


Bagaimanapun, menurut Yuktes, beliau bukan Ainina, macai Mahathir.

Usaha menghubung Yuktes bagaimanapun, gagal tambah laporan itu lagi.

Related Posts