Rita Sound Aidil Kaw-Kaw Isu Bayaran Mutaah 30,000.


Konflik perceraian yang berlaku antara pelakon wanita cantik, Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan nampaknya semakin memuncak apabila saling membalas kritikan menerusi wartawan hiburan dan media sosial.
 

Rita dan Aidil nampaknya tidak segan silu apabila mereka saling sindir-menyindir sesama sendiri menggunakan laman instagram dalam mengulas isu berkaitan tuntutan perceraian.

Pada awalnya Rita Rudaini mendedahkan kepada pihak media bahawanya, Aidil masih belum melangsaikan bayaran mutaahnya bernilai RM30,000 meskipun mahkamah telah mengeluarkan perintah.
 

Selepas disiarkan menerusi media, Aidil pantas menyelar kenyataan Rita dengan ayat yang berbunyi, ‘Nak duit ke, nak mempertahankan maruah?’. Dan, bagi menrespon sindiran Aidil, Rita tampil membidas Aidil dengan mendedahkan bahawa Aidil langsung tak pernah menanggung nafkah hidupnya sejak dari berkawan sehinggala memasuki alam perkahwinan.

Ini kata Rita kepada Aidil ;
 
“Betul ke tak dapat surat? Ke tak reti baca? Memang saya perjuangkan maruah.. tapi nama pun ARTIS.. mesti la reporter cari.. bukan macam kau, pergi cari reporter nak bagitau cerita!

“So dah reporter tanya ‘dia dah bayar belum?’ Takkan saya nak jawab ‘dah’ walaupun belum.. saya bukan kaki kelentong macam kau.. kat mahkamah pun kau cakap menipu!

“Sehelai spender aku pun kau tak pernah beli or sebiji gula Hacks pun ko tak pernah beli tapi kat mahkamah kau cakap semua baju dan alat mekap aku ko beli.

“Kau nak tau kenapa kau kalah dan kenapa ALLAH tak tolong ko? Sebab hidup kau asyik menipu dan aniaya orang!

“Aku dari mula kawan dengan kau dan kawen dengan kau, aku tak pernah ambil atau guna duit kau! Kau masuk rumah pun kau just cuci kaki bawa baju kau je!

“Aku rasa kau pun ingat lagi kan siapa yang banyak sara siapa dulu! Walau pun ko buat-buat lupa tapi ALLAH tak lupa,”.

Nampaknya Rita betul-betul bengang dan berang dengan pemain bola sepak tersebut hingga habis semua cerita rumah tangga mereka dahulu dibongkar.

Diharapkan Aidil cepat-cepatlah melangsaikan hutangnya agar semua persengketaan ini dapat diselesaikan segera. Tambahan pula, ia adalah tanggungjawab Aidil untuk membayar semua tuntutan berkaitan perceraian mereka. Bukan kah ianya persetujuan mahkamah. Daripada kalut dok sindir menyindir, bayar aje la. Nafkah anak-anak pun tolong la bayar sama. Dari gaya hidup nampak mewah ja.. 

Related Posts