Kisah Debat Terawal Lim Kit Siang.

Oleh : Abdul Rahim Hilmi Zakariya

KISAH DEBAT TERAWAL LIM KIT SIANG


Antara debat paling awal yang disertai Lim Kit Siang adalah ketika beliau berhadapan dengan Prof Naquib Al Attas; 51 tahun yang lampau.



Debat antara mereka ini berlaku pada 24 November 1968 di Auditorium Kuala Lumpur dengan fokus perbahasan adalah berkait isu melibatkan budaya dan bahasa negara kita.

Dalam debat ini, Kit Siang secara jelas mempersoalkan kedudukan bahasa Melayu dengan melabel kerajaan Tunku Abdul Rahman ketika itu sebagai cauvinis dan rasis kerana mengiktiraf bahasa tersebut sebagai bahasa kebangsaan.

Marah benar Prof Al Attas ketika itu. Beliau memperingatkan Kit Siang bahawa kedudukan bahasa Melayu ini sudahpun dipersetujui oleh pemimpin pelbagai kaum dan diperkenan Raja-Raja Melayu sebagai timbal balas keistimewaan 'jus soli' kepada kaum bukan bumiputera sebelum Merdeka.

Prof Al Attas menentang keras konsep Malaysian Malaysia bawaan DAP kerana bagi beliau, ia bercanggah dengan semangat perlembagaan yang menetapkan hak bagi setiap kaum. Malahan hujah Kit Siang untuk menolak kesusasteraan Indonesia di dalam budaya tempatan juga menyeleweng kerana budaya Nusantara ini datang daripada rumpun yang sama.

Perdebatan 6 jam tersebut menunjukkan bagaimana setiap kaum dan bangsa mempunyai kebudayaan dan keunikan yang tersendiri. Identiti setiap bangsa adalah sesuatu yang perlu dipelihara dan tidak dapat diubah hanya dengan pelaksanaan sesuatu dasar seperti 'Malaysian Malaysia'.

Setiap kaum mesti dipelihara identiti dan jatidiri mereka. Tetapi semangat bernegara dan kerukunan hidup bermasyarakat mesti kekal kerana setiap bangsa mempunyai adab susila yang terhormat.

Walaupun tumbang dalam debat tersebut, Kit Siang masih mengemukakan idea2 kontroversi dan provokatif beliau di dalam ceramah2 DAP selepas itu. Tumbang di dalam debat tidak mengapa, sebab masih ramai orang jahil sedang menadah mulut di luar sana. Kit Siang tidak rugi apa-apa dari segi politik.

Sikap beliau yang degil ketika itu dan masih memainkan isu-isu berkaitan kedudukan kaum dan bahasa telah menyengat jiwa ramai umat Melayu. Maka munasabahlah beliau dianggap sesetengah pihak sebagai antara punca kepada Tragedi Hitam 13 Mei.

Idea-idea Prof Naquib kemudiannya diterjemah di dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 sebagai ubat kepada kebencian kaum 2 tahun sebelumnya. Resolusi kongres ini kemudiannya mengiktiraf budaya setiap bangsa selain menetapkan kedudukan Islam sebagai unsur penting dalam budaya kebangsaan

Jadi kalau Lim Kit Siang tak nak mengaku penakut kerana lari debat dan suruh rakyat lihat track record politik beliau, maka saya katakan bahawa track record beliau hanyalah bacul dan bermain dengan sentimen perkauman.

Itu sahaja. Tidak lebih. Tidak kurang

Related Posts