Kita mulakan kisah neh dari awal. Semua neh bermula pada tahun lepas. Aku tak ingat bulan berapa. Tapi ketika itu ada rakan yang share satu link video. Link video tersebut ialah budak2 perempuan yang berjoget di bukit bintang dengan lagu kpop. Lagu dalam video tersebut ialah lagu dari artis kpop 2PM.
Masa tue aku memang betul2 perak. Aku bukan sahaja tak kenal 2PM tue sapa malahan aku pun taktau KPOP tue apa. Aku dok tertanya2 apa benda alah yang dorang dok puja sakan neh? So bermula dengan video tersebut aku mula larh mencari tahu KPOP tue apa.
Peh.
Selepas melakukan beberapa bacaan di internet baru lah aku tahu kpop tue bermaksud korean pop dan 2pm ialah artis korea yang bawa aliran muzik KPOP. Alasan aku nak kenal KPOP ada satu je ketika itu. Aku tertanya2 budak bangang mana lah yang sanggup malukan diri sendiri demi memuja artis.
Aku pun pernah jadi remaja juga. Tapi aku tak buat perkara2 keji macam tue. Bahkan aku tak pernah beli album siti nurhaliza, artis yang aku paling minat ketika itu. Aku pernah beli album raihan.
Aku bukan minat pun kat raihan cuma aku suka dengar lagu dorang. Tapi aku rasa berat ahti nak beli album siti nurhaliza sebab ada satu dua lagu jek yang best manakala yang lain2 tak best. Jadi tak berbaloi duit aku pergi kat dia
Sambung balik. Selepas tue aku mula melakukan research mengenai kpop. Aku baca di blog dan tengok di tv. Pasal aku nak faham kpop neh apa. Aku nak faham apa sebab kpop neh menyebabkan ramai malaysians jadi gila meroyan. Dan sekarang aku benar2 expert bab kpop. Siyes. Buat blog pasal kpop pun boleh tau.
Ekekeke.
Aku dapati kpop neh sama jek macam industri hiburan tanah air. Sama jek macam industri hiburan antarabangsa. Sama jek macam artis2 yang lain. Dalam atau luar negara. Sama jek seme neh. Macam ko minat muzik rock, punk, alternatif dan etc2. So ada orang minat muzik kpop. No hal dude. Citarasa masing2.
Tapi apa yang membuatkan ramai orang meluat dengan kpop neh? Meh sini aku bagitau korang terus terang.
1. Kita disini tak benci KPOP. Tapi kita benci KPOPERS = Sekumpulan manusia yang over acting dalam meminati sesuatu = taksub kepada KPOP.
2. Kita faham masing2 ada citarasa dan minat masing2. Go on. Hak kau. Tapi janganlah taksub sehingga menyebabkan orang lain rasa loya.
3. Meniru gaya artis kpop. Kadang2 aku suka tengok rakan2 fb yang bergaya ala2 kpop. Memang cantik. Aku meminati kasut ala korean. Bahkan aku ada beli beberapa seperti itu. Bagi aku kasut yang bertutup tue adalah kasut yang paling bagus sebab ia benar2 menutup aurat kaki keseluruhan. Senang.
Tapi.
Ya ada tapi. Fashion yang baik ko tiru oke lah. Tapi bagaimana pula dengan fashion yang tak baik? Ada pula yang meniru fashion merepek seperti pakai seksi2. Yang lelaki pakai rantai dan subang supaya muka ala2 jambu. Itu salah satu bukti menunjukkan korang membiarkan kpop menguasai diri korang.
Sebenarnya memang sebelum kpop wujud pun dah ada lelaki yang pakai rantai dan subang cuma dalam aku tengok gejala tue semakin berleluasa bila kpop menjadi trend. Nak2 dorang sendiri bergaya ala2 kpop. Mana orang tak kaitkan benda tue dengan kpop kan?
Aku tak salahkan artis kpop sebab dorang bukan islam tapi aku salahkan kpopers sebab dorang gagal kawal minat dorang sehingga terjerumus. Mana tak kena kutuk dan kecam. Orang jadi meluat larh kat kpop tak pasal2.
4. Beli tiket konsert mahal2. Maaflah sebab aku menyemak dalam urusan kewangan ko. Aku tahu duit ko hak ko tapi aku pernah ek ternampak di twitter, seseorang tue dok kutuk2 kerajaan membazir apa seme lepas tue dia mengaku plak dia beli tiket ft island. Pfftttt.. kelakar.
Memang dua isu neh tak berkaitan. Satu membazir guna wang rakyat satu membazir guna wang sendiri. Tapi ia tetap kelakar bagi aku sebab alasan yang dia gunapakai. Katanya kalau kerajaan bantu orang susah di malaysia neh kan bagus. Jadi ko pun sama dude. Gunakan duit ko tue untuk bantu orang susah dude.
Ko mempersoalkan kerajaan itu satu tindakan yang bagus. Tapi dalam masa yang sama tindakan ko tidak selaras dengan apa yang ko perjuangkan. Itu pasal ia jadi kelakar dan sinis bagi pemerhati macam aku beb.
5. Tak boleh kena kritik. Aku heran. Baik lagu, wajah, fashion, tarian even drama. Ada banyak jek jenis muzik, filem apa seme di malaysia dan luar malaysia kita kritik tapi bila kena tang batang hidung kpop, ada jek kpopers meroyan mengamok tak bagi kita kritik.
Baru2 neh bila kita kritik artis kpop yang seksi mai malaysia mereka marah. Mereka cakap artis melayu pun ramai yang seksi. Memang betul tue der. Artis malaysia yang seksi kita dah selalu kritik dan tegur apa.
Jadi kita buat pula perkara yang sama kepada artis luar negara. Sama jek. Lainlah kalau kita tak pernah kritik artis tempatan lepas tue terus menonong nak kutuk artis luar negara. Itu baru boleh ko nak marah. Tapi selalu dah kita kritik pemakaian artis tempatan sebab tue kita sound artis luar negara pula.
Lepas tue samada kerajaan nak dengar ataupun tidak dengan runggutan kita, bukanlah sesuatu yang kita boleh kawal kan? Jadi kita tegur je seme benda yang kita nak tegur. Habis citer. Takan itu pun korang nak bengang tak pasal2? Buat satu perbandingan yang sia2 sebab nak menangkan artis KPOP kesayangan korang, buat apa?
Nak datang malaysia takde hal. Dah dijemput kan. Tapi kerajaan perlu sediakan kod etika pakaian. Kena ikut peraturan. Jangan bagi dorang meroyan joget tunjuk bontot dengan seluar pendek apa seme. Ingat dorang jek ada budaya sendiri? Malaysia takde meh? Kita terkenal dengan budaya ko buat tak boleh, aku buat boleh, so tunjukkan benda tue kat dorang. Baru dorang lebih mengenali malaysia beb. Heh.
Mostly artis2 kpop neh tak asli wajah mereka. Seme pakat2 buat muka fake dengan plastic surgery sana sini. Antara yang menjadi febret dorang ialah hidung, kelopak mata dan dagu. Bila kita cakap pasal neh mula larh ada kpopers yang meroyan cakap kita dengki apa seme. Macam larh artis malaysia takde botox apa seme.
Hello, sebenarnya aku bukan peduli artis malaysia ada buat ke takde buat, cuma nak bagitau jek yang artis2 korean neh banyak yang kaki plastic surgery. Malahan majoritinya begitu. Tujuan aku cakap begitu sebab kpopers seringkali cakap wajah2 artis korea neh cute sebab tue dorang minat. Cute memang cute tapi cute yang fake. Cakap benda betul pun dorang melenting.
Dan ramai juga yang cakap drama2 korea neh lain dari yang lain. Unik. Ini bukan pasal kpop. Tapi pasal k-drama pula. Sebenarnya betul ka drama mereka lain dari yang lain? Dulu2 aku fikir begitu juga. Tapi rupa2nya bukan begitu.
Drama dorang ada klise macam drama2 malaysia dan indonesia gak. Ada yang aku suka tengok, ada juga yang aku meluat. Sama macam drama malaysia larh. Ada yang aku suka dan ada yang aku meluat.
Contohnya k-drama love u thousand times. Drama tue menunjukkan konon nya ada keluarga miskin sangat walhal anak kerja kat syarikat gergasi sebagai setiausaha peribadi. Tak ke tak logic nama nya nak beli tv lcd pun tak mampu? Tue pasal aku tergelak2. Bodohnya drama korea. Ada juga skrip macam tu pada drama korea. Ingatkan indonesia jek pakar buat jalan citer sedih meraban. Rupanya k-drama pun ada.
Aku nak ingatkan bahawa aku tertengok citer tue baru2 neh. Kang ada pula kpopers meroyan marah dah tahu klise napa tengok? Aku tengok 2 kali saja2 buat modal nak kutuk. So what? You mad k-dramaters?
Please, don't be mad. Anggap jek macam ko kutuk2 filem melayu apa seme. Jika ada orang boleh bebas kutuk2 filem melayu apa seme apa masalahnya orang2 yang nak kritik kpop jadi tak boleh pula?
Untuk rekod, orang2 yang kritik kpopers neh seringkali juga kritik filem2 melayu. Yang seksi, yang merapu, lucah dan mengarut seme kena kritik dah. Tak kira lah muslim ka bukan muslim ka kalau dah merapu tetap lah merapu. Bila dah merapu memang padan lar kena kutuk.
Lagipun di korea sendiri ada rakyat mereka kutuk2 kpop neh. So sama jek di mana2. Pengkritik kpop ka, filem melayu ka, filem omputih ka ada jek di mana2 di dunia neh. Toksah nak sengal sangat larh menghalang kita orang daripada mengkritik apa2.
Dan lagi satu cuba jangan nak berfikiran sempit sangat. Contohnya bila kita kritik drama melayu, terus dorang bagi alasan ko janganlah tengok apa susah. Alamak aii. Kita punya pasal larh kita nak tengok dan kita nak kritik. Kpop neh pun sama juga larh. Kita punya pasal larh kita nak dengar then kita nak kritik. Saja suka2 beb. Bagi kpopers panas ahti.
Heh.
Tolong berlapang dada dengan seme perbezaan pendapat. Aku pun layan gak program running man. Aku pun layan k-drama. Ikut jalan citer larh. Dan aku layan juga lagu2 kpop. Ikut lagu juga larh.
Dan sekarang neh di ABO ada rancangan muzik seoul. Aku nak tengok nanti bagi memahami industri kpop macam mana. Tadi aku tengok program tapi dekat ending. Aku nampak super junior menangis. Tak dan tengok dari awal. Menang anugerah pun nages. Dah serupa macam akedemik fantasia pula aku tengok.
Makin lama makin meluat. Sorry kpopers. Memang aku tak suka dengan korang yang taksub over pada kpop, tapi dalam masa yang sama gak aku juga tak suka dengan pendirian korang yang menghalang kami mengkritik apa2 berkaitan kpop dan k-drama. Rileks sudey larh. Macam kami kritik filem2 dan muzik tempatan, macam tue juga lah kami bebas kritik kpop dan etc.
Bukan seme yang dorang buat tue kena dengan citarasa orang. Tak kena dengan citarasa aku so aku nak kondem. Biasa jek. No hal. Kebebasan mengodem. Sama macam korang yang akan mengodem di blog aku lepas neh. Seme pun bebas bebas dan bebas. Apa lagi kondem je larh der.
KAH KAH KAH