Bukan filem 18sx sebab ia ikut sunnah Nabi.

Yup. 

Memang bukan. Sebaliknya ini memang filem 18sx dan sunnah Nabi saw dijadikan alasan untuk menghalalkan yang haram.

Cantik! Bravo pembuat filem. Saya mesti respect!

Hehehe.


MELIHAT babak-babak mesra antara Nora Danish dan Rusdi Ramli dalam filem Mencari Cinta, tentunya ramai melabel ia filem lucah dan menjual elemen ranjang untuk menarik penonton.
Apatah lagi sebagai filem sulung arahan pengarah drama, Shirin Khuzaimi dan juga filem pertama terbitan Armnet Integrated Sdn Bhd, elemen kontroversi seperti ini diharapkan untuk memancing penonton ke panggung.

Bagaimanapun, Shirin yang pernah mengarah drama bersiri popular Ariana Mikhail, menegaskan karya sulungnya itu bukan filem lucah malah mengatakan tiada aksi ranjang. Apa yang dipaparkan katanya, adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Katanya, Mencari Cinta menunjukkan cara bagaimana sepasang suami isteri bersama di bilik tidur mengikut sunnah Nabi dan tidak sangka ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

“Mereka tidak seharusnya melihat karya saya ini pada satu sudut saja sebaliknya tonton dulu filem ini sebelum memberi sebarang pandangan. Apa yang saya paparkan dalam filem ini adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

“Saya juga terlebih dulu menapis beberapa babak yang dirasakan keterlaluan untuk mengelakkan ada babak kurang manis seperti suami isteri bercumbu kerana sedar ia pasti akan menimbulkan kontroversi.

“Terus-terang saya katakan, idea menghasilkan filem ini menerusi sunnah Nabi yang mana menyatakan bahawa bersikap romantis dan membahagiakan pasangan dengan belaian mampu mengikat kasih. Lebih penting, apa yang mahu disampaikan menerusi Mencari Cinta adalah suami harus melayan isteri. -Sumber-

Bab tidur ikut sunnah Nabi saw ek? Bab aurat takmo ikut hukum Allah swt? Yang mana wajib, harus didahulukan. Maksudnya antara mengajar dan mengajak orang untuk mencintai sunnah Nabi saw, kena buat dan ajar orang untuk mencintai hukum Allah swt terlebih dahulu.

Bukan dalam bab cinta dan tidur jek kita boleh ikut sunnah Nabi saw beb. Ada banyak aspek. Kenapa hanya aspek cinta dan romen jek yang ko nampak? Berbohong guna nama Nabi saw bukan benda yang main2. Ini menghalalkan filem atas nama Nabi saw, agak2 perbuatan yang betul ka?

Tolong la pembuat2 filem. Tolong la jangan membabitkan Allah swt, islam, Nabi saw, atau apa bila korang nak menghalalkan tindakan korang. Korang mislead maksud dan tujuan sebenar. Korang mendorong kepada salah faham. Korang tak membantu mengembangkan islam sebaliknya korang merosakkan.

Mana ada muslim yang boleh terima alasan ko menghalalkan perbuatan peluk2 dan tidur2 atas katil atas nama nak mengajak orang mencintai sunnah Nabi saw tetapi dalam masa yang sama ko abaikan aspek aurat, aspek berpeluk-pelukan? Dan mungkin lain2 aspek yang aku tak nampak sebab aku tak tengok pun filem di atas neh.

Aku pun tak faham motif dia cakap dia tapis babak suami isteri bercumbu tue. Jangan2 babak tue dia buat tapi time finishing dia buang babak tue. Ermm.. kalau ye aku cakap berhentila. Berhentilah kaitkan ia dengan Nabi saw. Karang tak berdemo pasal innocent of muslims berdemo pasal ko pula.

Related Posts