Altimet Dikritik Teruk Kerana Aibkan Individu Di Instagram.

Gara-gara berkongsikan gambar seorang lelaki yang tidak dikenali dan dipercayai telah mengambil gambarnya ketika sedang menyuapkan makanan, Altimet dikutuk peminatnya di laman instagram.

Semuanya bermula apabila Altimet memuat-turun satu gambar dengan caption "Brader ni nak snap pic aku masa aku tengah makan soto. So aku snap pic dia. Hai sedara. Kalau siapa2 nampak dia post gambar aku, tag aku. Ok go."



Susulan dari status berkenaan, respon positif yang dijangkakan Altimet bertukar menjadi medan kritikan buat rapper berkenaan.

Ini apa yang dikomenkan oleh peminat-peminat Altimet ;









Menjadi tanda-tanya samada individu berkenaan benar-benar berkongsikan gambar Altimet yang sedang menyuap makanan di laman sosial ataupun tidak. Bahkan caption Altimet 'brader ni 'nak' snap pic aku' juga mengambarkan situasi bahawa dia mungkin belum snap apa-apa lagi gambar Altimet pada ketika itu.

Altimet juga teruk dikecam peminat-peminatnya kerana mengaibkan gambar pemuda tersebut. Posting berkenaan sudah tidak dapat diakses lagi susulan dari kecaman bertubi2 yang diterima oleh Altimet sejak ianya dikongsikan pada malam tadi. - SeMbangPress

Related Posts