Terlebih Bayar RM526,000 Dalam Projek Paya Peda, Pegawai Cuai Dilepaskan Dengan Amaran.


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenal pasti kecuaian sebagai punca pembayaran RM526,000 yang tidak sepatutnya dibuat kepada perunding bagi projek Empangan Paya Peda di Besut, Terengganu yang bernilai RM348 juta.
Pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu dilepaskan dengan amaran, manakala firma perundingan Jurukur Jitu Runding, yang menerima jumlah wang itu telah membayarnya semula pada bulan September 2014.
Menurut salinan laporan PAC mengenai Empangan Paya Peda, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, pegawai berkenaan keliru dengan pengiraan wang yang perlu dibayar.
Ini kerana pegawai itu tidak terlibat secara langsung dalam penyeliaan projek, yang mana pembayaran sebelum itu telah dibuat berdasarkan invois Jitu Runding.
"Bayaran tidak betul tidak seharusnya berlaku, tetapi ia dibenarkan berlaku. Ini disebabkan oleh kecuaian pegawai itu."
Pegawai yang bertugas di Jabatan Pengairan dan Saliran Pertanian kementerian berkenaan.
Laporan itu juga mengkritik Jurukur Jitu Runding kerana kurang berintegriti dengan menerima jumlah yang terlebih bayar. - Malaysiakini.

Related Posts