Putrajaya Beri Amaran Akan Mula Merampas Cecair VAPE Dalam Operasi Khas Tidak Lama Lagi.


“Mesej kami terang: jangan hisap vape.”
Begitulah amaran Kementerian Kesihatan hari ini, selepas mengumumkan bahawa ia akan mula merampas sebarang cecair nikotin yang dijual oleh peniaga rokok elektronik, atau “vape”.
Menurut menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam, peniaga e-rokok tidak mempunyai lesen untuk menjual produk nikotin, seperti termaktub bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983.
“[Tindakan] ini bawah bidang kuasa kami. Kami memang boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang menjual nikotin [tanpa lesen],” katanya dalam satu sidang media.
Dr Subramaniam juga mengesahkan kementeriannya akan mula memeriksa kedai-kedai vape “tidak lama lagi”.
“Saya sudah cakap dulu dengan sangat jelas bahawa tubuh badan manusia tidak dicipta Tuhan untuk menyedut wasap yang dicipta daripada bahan lain,” kata beliau.
Di Kelantan, kedai e-rokok tidak boleh beroperasi selepas pihak-pihak berkuasa tempatan enggan memberi permit untuk tujuan demikian, kata pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan negeri itu Datuk Abdul Fattah Mahmood - The Malay Mail.

Related Posts