Facebooker Pertikai Anak 'IC Merah' Dapat Bantuan Persekolahan 100, RMT & Baitulmal.


Status berkenaan yang ditulis pada 28 Oktober lepas telah mendapat lebih dari 11,000 ++ perkongsian dari warga maya. Ditulis oleh individu yang menamakan diri sebagai 'Abang Aji' yang mempertikaikan tindakan kerajaan yang meneruskan bantuan persekolahan 100 kepada anak-anak sekolah yang mana ibu-bapa mereka berpendapatan di bawah dari 3,000 sebulan.

Menurut facebooker itu, dia menerima maklumat dari kalangan guru-guru sekolah bahawa ramai anak-anak warga asing mendapat bantuan persekolahan 100 disebabkan ibu bapa tidak mempunyai slip gaji bagi menunjukkan pendapatan bulanan. 

Katanya, "Kebanyakan IC merah ini kerja gaji besar tapi tak ada slip gaji, senanglah mereka dapat bantuan. Hasil perbualan dengan seorang pekerja Indonesia, mereka kata kebanyakan orang-orang mereka memang nak anak lahir di Malaysia sebab mereka tahu Malaysia banyak beri kemudahan kepada anak yang lahir di Malaysia terutamanya bila memegang surat beranak Malaysia. Di negara mereka sendiri, mereka kata mereka tidak akan mendapat kemudahan seperti itu. Jadi mereka pakat-pakat beranak pinak di Malaysia".

Menurut facebooker itu lagi, kerajaan sepatutnya menguatkuasa bantuan persekolahan tersebut hanya kepada warga Malaysia dan warga asing ataupun taraf penduduk tetap sepatutnya tidak menikmati subsidi yang dinikmati oleh rakyat tempatan memandangkan mereka tidak membayar cukai sepertimana warga tempatan.

Kenyataan individu berkenaan yang dipetik menerusi laman FBnya ;

"Bantuan persekolahan sebanyak RM100 diteruskan tetapi bermula Januari ini, ia hanya dikhususkan kepada pelajar sekolah dari kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Berdasarkan bajet di atas, satu kesimpulan yang saya dapat ialah 'Kera di hutan disusukan,'. 

Sebab apa? Ramai yang beratur nak mendapatkan duit RM100 nanti adalah anak-anak yang berMyKid sini. Tetapi mak bapak yang masih guna IC merah, taraf penduduk tetap, kerja jenis tak ada slip gaji dan akan declare gaji di bawah RM3,000. Sudah tentulah akan dapat bantuan. 

Anak-anak kita yang warganegara Malaysia (Melayu termasuk Cina dan India) melopong sebab mak gaji RM1,500, bapak gaji RM1,500. Dan hasil perbincangan dalam group rakan guru, sudah banyak terbukti dari pengalaman rakan-rakan guru lain yang anak-anak hasil IC merah ini mendapat semua kemudahan yang anak-anak warganegara Malaysia belum tentu dapat. 

Buku teks, sudah sah-sah free. Macam anak-anak kita, bantuan seperti KWAMP, Baitulmal, e-kasih, RMT pun golongan anak-anak IC merah ini yang ramai dapat.

Jadi apa kelebihan kita sebagai rakyat Malaysia berbanding warga asing ini? Parents yang memiliki IC merah ini tak bayar cukai pendapatan bukan? Dan jangan lupa rakan-rakan guru, yang jadi guru kelas tahun depan, satu kerja pula nak kena check slip gaji mak bapak dan update maklumat gaji di APDM itu nanti. Sebab nak tengok layak atau tidak anak-anak ini mendapat bantuan RM100 itu. Tengok, tak pasal-pasal bebanan kerja guru bertambah. Sudahlah masa mula-mula bagi bantuan RM100 itu, entah tahun bila, cikgu juga yang menjadi kerani kaunter tolong bagi duit. Silap-silap tahun depan ada parents yang gaduh dengan guru sebab tak puas hati tak dapat bantuan. Kerana duit dan zaman ekonomi meleset, manusia boleh jadi macam-macam.

Ini bukan saya yang kata, rakan guru dalam group yag kata. Bacalah sendiri supaya anda buka mata.

Kebanyakan IC merah ini kerja gaji besar tapi tak ada slip gaji, senanglah mereka dapat bantuan. Hasil perbualan dengan seorang pekerja Indonesia, mereka kata kebanyakan orang-orang mereka memang nak anak lahir di Malaysia sebab mereka tahu Malaysia banyak beri kemudahan kepada anak yang lahir di Malaysia terutamanya bila memegang surat beranak Malaysia. Di negara mereka sendiri, mereka kata mereka tidak akan mendapat kemudahan seperti itu. Jadi mereka pakat-pakat beranak pinak di Malaysia.

Setiap tahun mesti ada murid mak ayahnya IC Merah. Malah mereka lebih alert tentang kemudahan yang anak mereka boleh nikmati. Siap marah-marah lagi

Najib! Sila kuatkuasakan dasar bantuan RM100 adalah dikhaskan untuk warganegara Malaysia sahaja.Sila kaji semula! Penduduk tetap tiada keistimewaan!"

Bila diperhatikan di laman sosial, rata-rata netizens bersetuju dengan cadangan dan luahan yang dilakukan oleh facebooker berkenaan.

Jika sebelum neh kerajaan menghapuskan subsidi beras kerana faktor warga asing membeli beras subsidi, mungkin selepas neh bantuan seperti E-KASIH, BAITULMAL, RMT & bantuan persekolahan 100 akan dihapuskan juga kerana faktor warga asing. Tak takut ke bagi cadangan seperti ini? - SeMbangPress.

Related Posts