Memandangkan saya dah mulakan persoalan berkenaan keputusan Lembaga Rayuan KDN semalam, ada eloknya saya kemaskini info terbaru dan sedikit pandangan saya. Kita mulakan dengan kemaskini kronologi :
1) B&TB nak keluar panggung. Ramai tunggu (termasuk saya). Isu 'gay moments' keluar. Disney MENGAKUINYA SENDIRI. Pelbagai pihak, termasuk pihak gereja, mengecam. (*saya highlight Disney sendiri mengaku sebab dah malas bertekak dengan manusia tak faham bahasa "Oh mana ada gay moments". Kau yang buat filem tu ke Disney?)
2) Bila dah terang-terang Disney mengaku, LPF perlu ambil tindakan dengan memotongnya. BUKAN BAN. Tak lama pun. 4 minit je. Tak ganggu jalan cerita pun. Tapi Disney berlagak kata tak mau tunjuk. LPF kata ikut suka koranglah, tak rugi pun.
3) Dah lah kata tak mau tunjuk, rupanya Disney muka tak malu buat rayuan ke Lembaga Rayuan KDN.
4) 17 pihak berada dalam Lembaga Rayuan tersebut yang terdiri BUKAN HANYA agensi kerajaan, malah badan NGO.
5) 9 pihak kata ok. 8 pihak menentang. LPF tak boleh buat apa kerana kuasa Lembaga Rayuan 'overule' kuasa LPF. (*This right here, is very important. 9 pihak yang kata ok tu kena tau siapa dan apa justifikasinya. Saya anggap 9 ni musuh dalam selimut.)
6) Diberitakan DZH tiada dalam Lembaga Rayuan kerana berada di luar negara.
7) Belum pun diminitkan atau apa-apa, info ini telah disebarkan di media. Pihak Disney dan GSC cepat-cepat nyatakan tarikh dan menjual tiket, yang pada pendapat saya, adalah taktik mengenakan tekanan kepada kerajaan untuk serba salah mengubah keputusan.
8) Media dalam (media alternatif) dan luar negara meraikan "kemenangan" ini sebagai Kerajaan Malaysia tunduk (baca: kalah) kepada gerakan LGBTQ.
9) Sebahagian dari rakyat Malaysia bersorak gembira dapat 4 minutes of glory mereka. (Murahkan harga korang?)
Ok selesai menyingkap kronologi peristiwa. Ada nak tambah, tolak, betulkan dan sebagainya, dipersilakan. Saya cuma nak tanya 1 benda; Di dalam Al-Quran, daging khinzir dengan jelas dinyatakan HARAM UNTUK DIMAKAN.
Sekarang kita himpun 1000 orang, kalau 600 kata boleh, 400 kata tak boleh, adakah daging khinzir tu tiba-tiba jadi halal? Tak payah 600, kalau 1000 orang tu semua kata boleh makan, jadi halal juga ke? Tak bukan? Samalah konsepnya dalam kes keputusan Lembaga Rayuan B&TB ni.
Sekali lagi saya nak tanya, adakah keputusan 9 orang atau pihak ini menjadikan ianya OK, membelakangkan bukan sahaja agama, malah asas-asas negara (perlembagaan dan rukun negara) dan majoriti penduduknya? Macam saya kata sebelum ini, demokrasi yang kita amalkan TIDAK SAMA dengan Demokrasi ala Barat ! Demokrasi kita Demokrasi BERPERLEMBAGAAN. Mana pi Perlembagaan ni..? Dah omit keluar ke?
Some things are just a BIG NO. Some things, such as this B&TB issue, tak perlu adakan undian macam ni. Ini bukan isu remeh seperti Akademi Fantasia. Benda tak sukar pun. Kita umat Islam dah diajar apabila berlainan pendapat tentang sesuatu, kembalikan kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnah, sirah, hadith). Ok fine, bukan semua Muslims dalam Lembaga Rayuan.
Kembalikanlah kepada asas-asas pembinaan negara di mana tak kira hang Melayu ka, Cina ka, Kadazan ka, Islam ka, Hindu ka, semuanya tertakluk di bawah perlembagaan ini selagi mana mereka rakyat Malaysia.. Tak susah mana pun. Awat pikun sangat..? Masalahnya bila ramai yang rasa the country belongs to them, and not the other way around.
Apa pun terima kasih kepada Datuk Nur Jazlan kerana berani dan lantang bersuara from day one. Dan juga kepada LPF yang tidak berganjak dari keputusan asal. At least ada lah sorang dari parti keramat yang berani bersuara dan memandang serius perkara ini. At least the silence is not too deafening.
Saya betul-betul berharap yang isu ini dinilai semula kerana ini isu ini akan jadi batu asas atau batu loncatan kepada perkara lain yang lebih besar. Jangan jadi anak kecil yang bermain api.