Abang Long Fadil 2 kutip RM5 Juta.

Sejak ditayangkan pada 24 Ogos lalu, filem Abang Long Fadil 2 telah mencatatkan kutipan RM5 juta di seluruh pawagam di Malaysia. 

Filem yang diarahkan oleh Syafiq Yusof itu pada awalnya ditayangkan sebanyak 130 buah pawagam dan meningkat kepada 135 lokasi tayangan termasuk di Brunei dan Singapura selepas mendapat sambutan yang luar biasa.

Poster terima kasih
Turut dilaporkan, antara tempoh 24 hingga 27 Ogos, naskhah terbitan Astro Shaw dan Skop Productions itu berjaya memotong populariti filem hebat Hollywood Annabelle: Creation dan filem Kollywood Vivegam. 

Sekual kepada filem Abang Long Fadil itu turut mendahului kutipan filem sebelum ini. Filem tempatan paling laris dalam carta box office tahun ini masih dipegang oleh J Revolusi arahan Mohd Zulkarnain Mohd Azhar dengan kutipan keseluruhan RM7 juta. 

Bagaimanapun, pada minggu pertama tayangan masing-masing, pencapaian Abang Long Fadil 2 menenggelamkan kutipan diperoleh J Revolusi iaitu RM2.8 juta. 

Filem itu mengisahkan Fadil yang terjerumus ke dalam lembah mafia, didalangi Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. 

Keadaan memaksa Fadil menjalani kehidupan sebagai pembunuh upahan walaupun dia bukan seorang pembunuh. Filem aksi komedi itu dibintangi oleh Zizan Razak, Syamsul Yusof, Wak Doyok dan Tania Hudson. -SembangPress

Related Posts