Masalah Ekonomi Punca Filem Pencuri Hati Mr. Cinderella Tak Laku.

100,000 sahaja!

Itulah jumlah kutipan yang diterima oleh Pencuri Hati Mr. Cinderella, satu filem arahan Ahmad Idham yang baru-baru ini ditayangkan di pawagam. Ia mula ditayangkan secara serentak di 32 pawagam pada 10 Ogos 2017 lepas namun sambutan yang diterima oleh filem berkenaan sangat teruk dan mengecewakan pihak produksi.


Poster filem PHMC
Selain kutipan yang tidak memberansangkan itu, ramai pihak tampil mempersoalkan kualiti filem PHMC selain ada peminat yang mengecam teruk poster filem berkenaan meskipun menerima reaksi positif daripada para pengkritik dan media tempatan.

Apabila ditanya tentang sambutan filem yang tidak memberansangkan itu, Ahmad Idham dilaporkan berkata, beliau sedia maklum keadaan ‘lesu’ itu mungkin berpunca keadaan ekonomi Malaysia tidak menentu.

Filem yang diterbitkan oleh syarikat Aifa Motion Sdn Bhd itu dilaporkan akan ditayangkan di Astro First bermula minggu ini. - SembangPress.

Related Posts