Isteri Muda Tuntut Harta Suami Di Mana Keadilannya..?

Oleh : Aimi Nadirah Rasidi

Pusakamu vs Puakamu

Pengalaman saya sendiri.
Ayah saya berpoligami semasa saya belum lahir.
Ayah dan mak saya masuk felda semasa saya berumur setahun lebih. Ayah saya peneroka,mak saya penerokawati.

Tahap keadilan pada isteri tua dan anak-anak sangat tak seperti sepatutnya. Mak kena ke ladang dengan dibantu anak-anak untuk kami ada duit makan dan belanja rumah. Ayah hanya bawak balik beras 5kg selang beberapa bulan, bawang merah beberapa ratus gram dan beberapa bahan dapur, ikut mood dia.



Duit sekolah pun ada kalanya dapat lah seringgit untuk seminggu sekali, atau dua minggu sekali atau sebulan sekali, ikut mood ayah. Asalkan tak sampai 3 bulan terturut-turut , sampai boleh claim taklik.

Saya ingat lagi..saya teringin nak ada basikal. Mak repair basikal lama abang. Tak lama kemudian, anak isteri muda ayah dapat basikal baru.

Mak menoreh untuk beli kerusi rotan. Tak lama kemudian, rumah isteri muda ayah pun ada kerusi rotan. Ayah beli.

Mak dan anak-anak usahakan ladang untuk hidup sampai lah hutang felda settle dan geran dikeluarkan. Ayah saya, jalan ke ladang pun tak tau.

2003  mak berjaya dapatkan fasakh. Kemudian ayah dapat semua hasil ladang felda sebab ayah serah pada felda untuk tanam semula.

10 tahun kami anak-anak spend duit 5 angka untuk bayar peguam dan ulang alik ke mahkamah syariah, tuntut harta sepencarian untuk mak. Selepas 10 tahun naik turun mahkamah, mak berjaya dapat 50% dari tanah felda.

Sekarang ayah dah meninggal dunia. Kami adik beradik setuju hasil felda untuk 50% tanah felda yang bahagian ayah dibahagikan ikut faraid, sekali dengan isteri muda ayah dan anak-anaknya.

Tapi nampaknya itu tak cukup. Isteri muda failkan tuntutan harta sepencarian pula untuk bahagian abah. Dia nak lebih dari 1/8 faraid.

Alasannya sebab dia isteri ayah. 

Bayangkan tanah yang kita susah payah usahakan berpuluh tahun, angkat tong racun, menebas, menoreh jam 4 pagi itu semua tiba-tiba isteri muda yang muncul mengganggu rumahtangga mak mahu tuntut harta sepencarian... hmmm...

Perempuan selalu rasa suami mereka terkecuali bab berpoligami. Perempuan mungkin redha suaminya kahwin lain dan bersedia dengan kesannya.

Tapi adakah anak kita juga redha?

Sumber : Rohaniah Noor (FB)

#HartaPuaka
#HibahTakaful
#KaklongTakafulSabah
#PruBSNWarisan

Related Posts