Oleh : Amir Syahir
Untuk mencapai kebebasan kewangan, korang haruslah menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan. Lagi banyak simpan lagi bagus.
Setiap tahun mesti gaji naik kan? Jika gaji naik, tambahkan wang simpanan korang setiap bulan.
Jika disimpan saja, duit korang tak cepat bertambah. Jadi baik melabur ke dalam instrumen yang kurang berisiko.
Masih mencari-cari instrumen pelaburan yang bagus? Ini antara pelaburan yang kurang berisiko dan mempunyai pulangan pelaburan yang mantap.
Antaranya;
1. Hartanah
Tidak dinafikan pelaburan hartanah adalah paling menguntungkan jika kena caranya. Tengok sajalah nilai hartanah semakin tahun semakin tinggi. Belilah hartanah ketika usia masih muda.
Mulakan menyimpan untuk deposit rumah. Pelaburan hartanah ada tiga kategori iaitu subsale, lelong dan dalam pembinaan (undercon).
Gambar - Amir Syahir |
2. ASB (Amanah Saham Bumiputera)
ASB antara instrumen pelaburan yang paling popular. Sekarang sudah ada ASB 2. Pulangan pelaburan antara 7-8% setiap tahun. Jika korang sukar menyimpan, boleh force saving guna ASB Financing.
ASB Untuk Newbies
https://m.facebook.com/story.php…
https://m.facebook.com/story.php…
3. Tabung Haji
Tempat simpanan yang baik kerana korang boleh menyimpan dan daftar nama untuk menunaikan haji sekali gus. Jika ada duit dalam KWSP dengan nilai minimum RM1300, boleh terus daftar haji. Korang boleh buat potongan terus daripada gaji ke akaun TH korang.
4. Unit Amanah Islamik
Pelaburan untuk jangka panjang. Bagi gua unit amanah ni adalah pelaburan korang untuk masa hadapan. Jangan nak melabur dekat unit amanah selama setahun dua lepas tu duk kata rugi je. Perlu ambil tahu berapa kah kos caj jualan nanti.
5. AHB (Amanah Hartanah Bumiputera)
Pelaburan berisiko rendah yang boleh memberi pulangan melebihi 6%-7% setahun. AHB memberi pulangan dividen 2 kali setahun. Contohnya Mac 2017 dividen 3.1% dan September 2017 dividen 3.1%. Jadi 6.2%.
Apa yang best AHB ni ialah, korang nak jual balik unit pun percuma. Dengan kata lain sales charge free. Patuh syariah dan dah ada potongan zakat. Akaun boleh dibuka di semua cawangan Maybank, dengan nilai minimum RM100. Setiap penambahan unit pun minimum RM100.
Gambar - Amir Syahir |
6. Emas / Perak
Emas juga merupakan pelaburan jangka panjang. Daripada korang duk bakar duit, duk buat senaman paru-paru lebih baik korang simpan duit tu. Lepas tu beli emas tiap bulan. Yang kaum makwe daripada asyik-asyik duk beli tudung, kasut ataupun baju dekat Lazada tu, baik beli rantai ataupun gelang emas.
7. Koperasi Bank Rakyat
Antara yang paling tip top pulangan dividennya. Hari tu ada pegawai Bank Rakyat kata mereka boleh berikan kita untuk melabur RM500 unit jika kita buka akaun gaji melalui Bank Rakyat. Sekarang gua tak tahu tawaran tu masih wujud ataupun tidak. Atau tawaran tu hanya untuk untuk penjawat awam sahaja. Tak pasti dah. Tapi gua tak buat pun. Sapa dah ada akaun bertuah lah.
***
Banyak lagi yang korang boleh terokai. Kalau korang minat saham teruskan. Jika korang dah ada Koperasi Bank Rakyat tu tambah lah lagi. Jangan pulak korang cakap Koperasi Bank Rakyat lagi powerlah, main saham lagi mantap lah.
Ini semua berdasarkan pengalaman gua je. Gua takde lagi Koperasi Bank Rakyat tu. Setiap kali pergi nak mohon buka akaun asyik tak dapat jeeee. Sobs sobs. Nak main saham pulak tak reti. Kakakaka.
Apa yang gua nak sampaikan ialah jangan menyimpan saja duit korang tu. Baik melabur. Nilai wang akan semakin mengecil.
Ini antara panduan yang terbaik bagi gua untuk korang jadikan sebagai rujukan. Ingat, setiap pelaburan mesti ada risikonya yang tersendiri. Pandai-pandai korang lah sesuaikan dengan kehendak masing-masing. Kah!