Mudahnya Ke Thailand Dengan KTM Sekarang..

Oleh : Ayu Mastura


Untunglah orang utara. Jeles kita. Semenjak KTM mula beroperasi senang sangat dah nak ke Thailand. hanya bermodalkan RM35 sahaja dah boleh pergi Hat Yai balik hari.

Mari saya kongsi sikit trip baru-baru ini. Ini panduan untuk ambil komuter dari Butterworth atau kawasan-kawasan sekitarnya.

Saya naik train dari Tasek Gelugor (TG) ke Padang Besar (RM10.40 dewasa/RM5.20 kanak-kanak). Keretapi dari dari TG satu jam sekali bermula 5.48 pagi dan mengambil masa satu jam untuk sampai ke Padang Besar.



Saya naik keretapi pukul 7.48 pagi sebab nak kejar train ke Hat yai pukul 9.55 pagi waktu malaysia. Sampai sahaja di Padang Besar memang keretapi Thailand tengah tunggu. Tiket keretapi kelas ketiga Padang besar ke Hat Yai RM7 (50Baht).

Kalau pergi awal boleh juga naik van atau mini van ke Hat Yai. Tapi saya malas sebab banyak kali nak kena tukar, nak keretapi boleh sampai terus ke Hat Yai.

So, dah sampai Hat Yai pandai-pandai la kan, nak pergi Krabi ke, Phuket ke, Koh Lipe ke ataupun Bangkok. Suka hati lah. Agak-agak kalau bosan boleh pergi Hat Yai. Siapa nak ikut?



Related Posts