Sesi Mengumpat Filem KL Special Force.

Oleh : Ali Abu

Sesi mengumpat filem KL Special Force

Sapo bagi mereka yang biaso layan movie dan siri aksi di Astro untuk ch413, ch431, ch433, ch434, ch721, ch724, ch726 dan ch729, filem KL Special Force (KSF) hanyolah filem aksi biaso bagi mereka. Tapi nak mencapai taraf ‘biaso’ itu memanglah luarbiaso bagi filem tempatan kito. Polis Evo dan KSF sahaja yang sipi-sipi nak samo par dengan filem aksi bertaraf Hollywood.


Percubaan Syafiq Yusuf (SY) memasukkan eleman emosi berat dikira agak berjayo bagi den. Persoalan rasuah yang agak taboo bagi filem tempatan diolah dengan baik oleh SY dalam KSF. Cumanya Rosyam Nor kelihatan agar overacting dalam menjayakan wataknya. Ironinya, Fattah Amin pula cemerlang dalam membawakan wataknya dalam filem itu. Superb la meskipun Fattah Amin macam terperasan yang dio ni seorang berdarah Korea dalam filem ini.

Plot twist SY dalam filem ini memang berjayo menggamit perhatian penonton. Den la sapo lagi. Den sorang yor dalam pawagam tu semalam. Huhuhu...

Dalam ruang maya, ado yang mempersoalkan Syamsul Yusuf jadi sniper dengan rifle snipernya di atas katil dan agak berjauhan dengan tingkap. Itu adolah lelucon bagi mereka. Kalau kau nak tahu, lagi jauh muncung rifle sniper dari tingkap, itu lagi bagus. Kalau muncung rifle kau terjulur kek tingkap, itu bangang namo ey kerana kau mendedahkan posisi kau secara percumo kepado musuh.

Dalam dunio moden hari ini, teropong rifle sniper semakin power. Ini menjadikan sniper yang profesional mampu menembak sasaran melalui lubang kecil yang ditebuk di dinding dengan tepat. Dan posisi sniper lobih kurang 6 kaki dari dinding tadi. Tak cayo? Poie gugel training terkini sniper US Army bro.

Den tak setuju dengan babak Rosyam Nor menyembah Syamsul Yusuf kerana nak selamatkan anak bini time besday parti anaknya. Ini berkaitan akidah seorang muslim der. Kalau babak ini dipotong atau ditiadakan, ia tidaklah menjejaskan keseluruhan filem ini. Kalau kau selalu menonton filem gengster Hollywood, Hong Kong dan Korea, babak menyembah orang jahat seingat den takdo. Kok ado tolong bagitahu. Selalunya berlutut sahaja. Den takut pengaruh dari babak itu akan trigger orang yang mahu menyelamatkan diri dengan menyembah pihak lawan. Giler bro. Para mufti takdo nak komen pape ke dalam hal ini?

Last sekali den nak ulas babak di mano Syamsul Yusuf acu pistol kepado tunang Fattah Amin. Memang bodoh sekali babak ni. 5-6 anggota Polis yang berpakaian ala SWAT telah pun mengelilingi Syamsul Yusuf, membawa maksud anggota Polis yang dibelakang boleh sahaja shot to kill Syamsul Yusuf demi menyelamatkan tunang Fattah. Tambahan lagi Syamsul Yusuf tidak memeluk atau merangkul tunang Fattah dalam pangkuaannya seperti mano yang sering dilakukan oleh penjenayah prefosional dalam filem Hollywood. Malangnya tunang Fattah Amin totap jugak mati ditembak Syamsul Yususf.

Tu pasal den ingat last sekali dalam filem tu Fattah Amin jadi gilo kemungkinan bosa sobab SY tak reti mengarah babak tunangnya mati dibunuh. Mungkin la kot. Ngeee...

Related Posts