Penghormatan Pada Raja Dan 'Perangkap Divide And Rule' - Kisah Benar.

Oleh : Sahul HM

PENGHORMATAN PADA RAJA DAN PERANGKAP "DIVIDE AND RULE"


Kisah Benar

Tahun: 1996.
Tempat: Pekan Chenderiang, Perak.
Peristiwa: Tragedi Pos Dipang

Dari hujung pekan masuk beberapa kenderaan berpengiring, bersiren. Semua mata mencari arah bunyi, dan kemudian keadaan mula gamat. Yang datang itu adalah Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah yang sedang menuju ke poin tanah runtuh Pos Dipang melalui Chenderiang.




Tak semena-mena, setelah menyedari kehadiran Sultan Perak, seluruh yang berada di Pekan Chenderiang, yang sedang duduk minum dan makan, bangun, tegak. 

Ada yang meluru lari keluar dari kedai. Ada yang melambai. Meremang bulu roma melihat keadaan tersebut.
 

Kenapa? Kerana Pekan Chenderiang itu majoritinya orang Cina. Mereka itulah tadinya berdiri tiba-tiba. Tanpa ada arahan. Tanpa ada surat perintah. Bersama-sama yang lain-lain Melayu, India dan Orang Asli semuanya bangun dan diam hormat. Ada yang melambai-lambai.

Saya sendiri, yang waktu sudahpun kenal "Sejarah" berasa terharu dengan peristiwa tersebut. Sehingga hari ini, setelah 22 tahun berlalu, saya tetap saja akan menceritakan peristiwa tersebut di bilik kuliah universiti dan sesiapa yang berminat berbicara perihal sejarah dan monarki.

Demikian adanya penghormatan terhadap raja-raja. Penghormatan tidak boleh diperintah dan dipaksakan. Ia hadir dari dalam hati yang kagum. Ia disemai oleh aura peribadi raja itu sendiri. Tidak boleh dibuat-buat. Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, konsep raja bukan konsep yang asing dalam pemikiran dan psike masyarakat pelbagai kaum di Malaysia kita ini. Tinggal lagi, setakat mana institusi raja tersebut mendekati rakyatnya dan sentiasa bersedia membuktikan kebersamaan mereka.

Kita ini berpecah bukan kerana kita rencam, tetapi kerana kita diperangkap dalam strategi "divide and rule" tinggalan British sehingga 10 Mei baru-baru ini. Selagi mana kita prejudis dan berprasangka antara kita, selama itulah untungnya para politikus bercengkarama di belakang tabir pentas kerajaan.

Cukuplah. Sudah lebih 60 tahun usianya kemerdekaan kita. Sepatutnya ini masanya untuk kita berwacana tentang modernisasi, bukan polarisa

Related Posts