Komunisme, Fahmi Reza & Catatan Sejarah.

Oleh : Nazri M. Annuar

Pandangan tentang isu semasa : Komunisme, Fahmi Reza dan Catatan Sejarah.

Saya tiada di forum tersebut untuk benar-benar menghadam apa yang betul-betul berlaku, maklumat yang saya terima cuma dari video Fahmi Reza membuat presentation tentang pandangan beliau mengenai buku teks Sejarah dan beberapa partial video Q&A (boleh guna point ini untuk counter debat terhadap saya).

 
Dalam video utama, Fahmi Reza banyak mengutarakan tentang persoalan bagaimana catatan sejarah ditulis dan soal perspektif. Samada benar beliau memang pro-komunis, pro-PKM or pensimpati kumpulan bunuh orang itu, bukan tujuan posting saya ini. Itu hal dia dan biar dia yang pertahankan dirinya sendiri.

Sejarah adalah satu benda yang sangat tricky. Ia sangat bergantung kepada perspektif. Setiap kali kita lihat dokumentari, walau macam mana pun si pembikin kata dia neutral, kita tahu, ada certain agenda yang hendak dia sampaikan dalam produksinya itu. Itu adalah bagaimana manusia mencatat sejarah. secara amnya.

Saya cuma mahu menyentuh satu aspek/point dalam presentation Fahmi Reza.

IN IDEAL WORLD, semua yang berlaku harus dicatat dan diceritakan tanpa prejudis, tanpa sebarang konotasi sentimen. Jika 'leftist' berperanan besar melawan kolonisasi British, ia mesti dicatat dengan sempurna, tanpa prejudis, tanpa sentimen apa-apa pun. Sama ketika zaman PKM memerontak dan membunuh orang kampung, ia mesti dicatat telus, tanpa prejudis dan tanpa sebarang makna sentimen. Ia menceritakan apa yang benar-benar berlaku.

Makanya point saya adalah jika benar 'leftist' Malaya juga menyumbang peranan besar sebelum merdeka dalam melawan kolonisasi, segala gerakan dan apa yang mereka telah buat, baik dan buruk harus dicatat dan diberitahu tanpa sebarang sentimen dalam buku sejarah.

Terdapat debat tentang sejauh mana sebenarnya para leftist ini menyumbang dalam gerakan melawan kolonisasi British. Itu aspek yang saya harap dapat dibincang dan ditimbulkan dengan berlapang dada. menggali fakta sejarah, menggali apa yang telah berlaku tanpa ada cubaan menutup mata pada sesetengah fakta sekalipun atas dasar emosi.

Bagaimanapun ini bukan Ideal World. Catatan sejarah nak tak nak akan sentiasa 'tercemar' dengan sentimen, dengan propaganda, dengan sebarang idea yang hendak disampaikan oleh si pencatat. Namun kita boleh mencuba sebaik mungkin.

Pandangan ini bukan untuk Mengiyakan apa yang PKM telah lakukan. PKM dan ISIS sama saja, membunuh atas nama apa pun, saya tidak bersetuju. Namun apa yang saya harapkan agar kita melayan sejarah sebagai satu sumber ilmu dan ruang debat sihat, bukan sebagai medium menyalur sentimen dan perasaan. Kita sudah ada medium itu - namanya facebook.

Ramai antara kita panas hati melihat sejarawan barat secara halus menidakkan sejarah sumbangan tokoh ilmuan Islam timur tengah tapi dalam masa yang sama kita juga memberi reaksi yang sama terhadap bagaimana kita membina catatan sejarah kita.

Terima kasih.

Related Posts