Betapa Bertuahnya Bangsa India Yang Merantau Ke Tanah Malaya..

Oleh : Arif Atan

Ucapan yang dilihat berbaur rasis oleh Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran di depan masyarakat India di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini antara lain berbunyi, "...mereka adalah pendatang, bukan kita pendatang" memang mengundang kemarahan ramai masyarakat Melayu.

Walaupun Menteri Sumber Manusia itu nafi yang dia sebut Melayu pendatang di negara ini bahkan menyalahkan media pula kononnya putar belit ucapannya tetapi transkrip terjemahan yang dikongsikan aktivis sosial, Kiridaren Jayakumar di Facebook jelas menyerlahkan siapa yang telah baling batu sembunyi tangan.




Wakil rakyat untuk rakyat Malaysia bukan rakyat India itu nyata tidak cermat memahami sejarah masyarakat majmuk di tanah air ini bahkan seolah-olah menjolok sarang tebuan untuk dibuka kembali pekung sejarah kemelaratan kaum India di Tanah Melayu yang dieksploitasi penjajah Inggeris dulu.

Kulasegaran selamba mendakwa buku teks Sejarah yang menyatakan India datang ke tanah air ini 130 tahun lalu sebagai tidak betul.

Sejarah yang betul kalau ikut kepala dia adalah orang India datang ke Semenanjung Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lagi seperti dibuktikan melalui kewujudan Lembah Bujang.

Adakah Kulasegaran buat-buat tidak tahu bahawa konteks interaksi orang India dengan kerajaan Melayu Kedah Tua itu hanya melibatkan hubungan elitis ekonomi berkasta tinggi jauh beza dengan kebanjiran massa orang India di Tanah Melayu sekitar abad ke-19?

Seru Kulasegaran : 


"... ini adalah tanah ibu kita. Tiada yang lain, jika anda berfikir 2,500 tahun lalu, bagaimanakah keadaannya, kita ada segala hak. Jangan berputus asa."

Nampak? Apa bahayanya seruannya itu? Betapa 'LGBT'nya fahaman yang cuba dibawa 'pakar sejarah' bernama Kulasegaran ini.

Sudah berusia 61 tahun pun tapi sentimen perkauman tebal yang dimainkan melalui penggunaan kata "...kita ada segala hak" amat keterlaluan mengalahkan budak WeChat yang celik mata saja layan Astro Vaanil.

Bahkan, golongan guru Malaysia semua kaum juga pasti amat marah apabila Kulasegaran menyebut, "Cikgu yang berkata sebegitu perlu diketuk kepala, disebabkan negara kita ada had sebegitu sahaja."

Senang-senang saja dia mahu ketuk kepala guru? Adakah Kulasegaran juga akan ketuk kepala guru berketurunan India sama sepertinya kerana mengajarkan Sejarah mengikut sukatan pendidikan kebangsaan itu?

Selamba saja Kulasegaran yang dulunya pemegang IC merah pada usianya 12 tahun untuk mengetuk kepala guru hanya kerana sejarah yang diajar di sekolah menyebut tentang kedatangan orang India ke Tanah Melayu sekitar tahun 1880-an itu.

Walaupun Kulasegaran menyebut orang India sudah ada di Tanah Melayu ini sejak 2,500 tahun lalu, tetapi dia sendiri pun hanya mampu menyebut setakat datuknya lahir di tanah air ini. (Roketkini, 24 Januari 2017) Moyangnya? Kulasegaran sendiri pun anak kepada pekerja estet getah di Sitiawan, Perak.

Ui-SHIT-M

Sedihnya, kenyataan rasis Kulasegaran turut disokong sesetengah warganegara Malaysia keturunan India generasi muda dengan begitu mencolok mata di Twitter termasuk mencarutkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai UishiTM = Ui-SHIT-M.

Eh, itu pun mahu suruh Melayu bersabar lagi dan 'jangan rasis'? Sekarang ini, siapa yang mulakan api rasis? Adakah sikap rasis hanya terpakai pada orang Melayu sahaja manakala kalau bukan Melayu, oh itu 'hak asasi manusia'?

Tentulah gendang yang dipalu Kulasegaran kemudiannya disambut meriah tari oleh sebahagian generasi muda keturunan India yang secara terbuka bukan sahaja mencetuskan provokasi bahkan mengejianjingkan Melayu itu amat melampau dan jelas menghina dalam era kononnnya Malaysia Baharu yang bebas rasis ini.

Kalau Kulasegaran yang sempat juga merasai hidup susah sebagai anak pekerja estet dan terpaksa menjaga lembu, kambing, babi selain membersihkan bekas yang diguna untuk mengumpul susu getah selepas sekolah (disebut dalam Wikipedia tentangnya) tetapi menikmati mobiliti sosial yang baik dengan memperoleh Ijazah Undang-undang dari Lincoln's Inn London pun boleh bersikap begitu, apa agaknya reaksi buat yang IQ rendah atau tercicir sekolah, sosio-ekonomi pun rendah, dibimbangi lagi mudah mereka dijerang emosi.

Namun, begitulah Kulasegaran dan golongan pelampau India generasi Instagram lain yang mungkin sudah benar-benar lupa atau buat-buat lupa sejarah yang bukannya berlalu 1,000 tahun lalu pun.

Apapun, harapnya jumlah seangkatan dengan mereka tidak seramai masyarakat India lain yang jauh lebih memahami sejarah dan hanya mahu hidup harmoni berkongsi, saling menghormati dan menghargai. Buat kawan-kawan India yang rasional ini, salam persaudaraan kita hulurkan.

Justeru, kupasan selepas ini HANYA ditujukan kepada sesetengah masyarakat India yang masih lagi meratap hiba kononnya Melayu menindas hak India sampai sanggup mengeji maki seluruh orang Melayu. Baik. Mari kita menjengah ke terowong sejarah...

Kedatangan orang India ke Tanah Melayu yang dibawa oleh penjajah Inggeris berlaku ketika negara asal mereka berdepan dengan krisis pertambahan penduduk sehingga bekalan makanan dan tanah untuk bertani semakin terbatas.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, tekanan cukai menggila dan ditindas peminjam hutang dengan kadar bunga yang berlipat kali ganda tinggi menyebabkan tanah petani semakin banyak tergadai. Sudahlah begitu, bencana alam bertali arus memburukkan lagi keadaan dengan banjir, kemarau, kebuluran begitu kerap berlaku.

Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan pada 1840-an misalnya menyaksikan kemarau berlarutan sehingga merosakkan habis tanaman dan mengundang kebuluran yang berpanjangan.

Jauh beza pula dengan Tanah Melayu dalam tempoh waktu yang lebih kurang sama. Frank Swettenham dalam bukunya, 'Malay Sketches' sebagai contoh menceritakan bagaimana aman makmur hijau dan bahagianya orang Melayu dengan alam sekelilingnya.

Hinggakan Jeneral Residen pertama Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dilantik pada 1896 itu takjub melihat lebih 100 kanak-kanak dan anak muda Melayu lelaki dan perempuan di Perak pagi-pagi lagi berkelah dengan selamba menggelongsor mengikut air terjun. (Pukul 1 petang selepas menjamah nasi yang dimasak di situ mereka siap-siap balik rumah. Punyalah berdisiplin budak-budak Melayu ketika itu, tak macam kita layan FB tak kira waktu. hahaha)

Mereka menaiki satu bukit curam lagi licin kemudian dari ketinggian 60 kaki itu mereka akan menggelongsor tanpa cedera apa pun lalu terhumban masuk ke danau di bahagian bawah batu yang empat kaki dalamnya. Orang kalau kebuluran mana ada 'mood' berhibur begitu sampaikan Swettenham kagum sungguh dan sebut, "kegiatan masa lapang cara Timur ini boleh disesuaikan dengan mudah dan jayanya di Barat."

Swettenham juga menyebut "tidak seperti anak Jepun, anak Melayu tidak pernah selekeh, tidak pernah diabaikan" manakala yang wanita Melayu pula suka barangan kemas dan berpakaian cantik serta "kebanyakan orang hidup dengan cara biasa" sekali gus menggambarkan keadaan masyarakat di Tanah Melayu yang rata-rata hidup berseerhana berbeza dengan masyarakat India ketika kurun ke-19 itu.

Bahkan, sampai sekarang pun India Selatan masih mencatatkan rekod kebuluran ketika kononnya ekonomi India semakin berkembang dalam pasaran dunia. Padahal, di Malaysia, rakyatnya mati kerana terlebih makan - kencing manis, gout, darah tinggi, serangan jantung.

Terbaharu pada 26 Julai lepas, tiga kanak-kanak berusia 2, 4 dan 8 tahun di New Delhi meninggal dunia akibat kekurangan nutrisi yang teruk dan kebuluran. Kanak-kanak malang itu dilapor dibiarkan bersendirian lantaran bapa mereka hilang manakala ibu pula sakit mental.

Sudahlah susah kerana faktor alam, kebanjiran pendatang India di Tanah Melayu ketika perusahaan getah semakin berkembang pesat pada awal abad ke-20 juga berlaku ketika mereka ditindas dengan sistem sosial di tanah air asal.

MOBILITI SOSIAL

Mereka yang berasal dari kasta rendah tidak berpeluang untuk menikmati mobiliti sosial dan ekonomi dengan sentiasa dipandang hina dan dinafikan hak menikmati hidup seperti orang yang berasal dari kasta tinggi.

Sebaliknya, Kulasegaran dan anak cucu cicitnya amat bertuah berada di bumi yang asalnya dipanggil Tanah Melayu kerana disebabkan keturunannya dulu lebih 100 tahun lalu datang ke sini, dia kini sudah dipanggil 'YB' - Yang Berhormat oleh orang Melayu sendiri dan sudah bergelar menteri.

Itu tentunya pencapaian paling hebat apabila asalnya hanya kuli kemudian menjadi menteri hanya dalam tempoh tidak sampai 100 tahun pun sebenarnya kerana ketika Malaya merdeka dulu pun sudah ada pemimpin India diangkat sama dalam kerajaan ketika itu.

Warganegara Malaysia keturunan India juga bertuah kerana sikap terbuka masyarakat Melayu yang tidak rasis membolehkan mereka berpeluang untuk meningkatkan taraf hidup sedangkan di India sana, sama bangsa pun menindas hanya kerana perbezaan status sosial.

Apatah lagi, dengan adanya Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), keturunan India di Malaysia menikmati hidup jauh lebih baik berbanding ketika moyang mereka ketika mula-mula menjejakkan kaki di Tanah Melayu akhir abad ke-19 lalu.

Hatta di negara India sekarang pun, ramai lagi warganegara di sana buta huruf kerana berasal dari kasta rendah sekali gus mewujudkan jurang pendidikan yang jauh lebih lebar berbanding di Malaysia apabila ramai orang India menjadi jutawan selain menjadi wakil rakyat di Parlimen dan negeri.

Kulasegaran mungkin mahu memadam sejarah kaum India tentang migrasi besar-besaran orang India Selatan ke bekas negara-negara koloni Inggeris, Perancis, dan Belanda antara abad ke-19 dan ke-20 untuk bekerja sebagai buruh.

Walaupun Inggeris memiliki banyak wilayah jajahan, namun orang India merupakan jumlah pekerja paksa yang terbesar yang dibawa oleh Inggeris dan disebut ‘coolies‘ untuk melakukan pekerjaan di luar negara mereka.

Terdapat 1.5 juta orang meninggalkan India antara tahun 1834 hingga 1917 (Judith M. Brown, Global South Asians Introducing the Modern Diaspora). Tanah Melayu juga tidak terkecuali daripada menerima kebanjiran pendatang India yang dibawa masuk beramai-ramai oleh British pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Atau mungkin ingatan Kulasegaran sudah terpadam tentang fakta sejarah bahawa jumlah kaum buruh India Selatan menjelang tahun 1870 adalah melebihi 30,000 orang dengan kebanyakannya tertumpu di Pulau Pinang dan Seberang Perai (S. Arasaratnam, 'Indians in Malaysia and Singapore, 1970).

Bahkan sejak pembukaan Pulau Pinang pada 1786 lagi, terdapat buruh India berhijrah ke Negeri-negeri Selat dengan bekerja di ladang tebu dan bekerja di sektor domestik.

Malangnya sudah resmi kapitalis kolonial. Mengikut buku Mitos Peribumi Malas oleh Prof Syed Hussein Alatas, beberapa ladang di Seberang Perai atau Province Wellesley pada 1873 bertindak tanpa perikemanusiaan kepada buruh India apabila menghantar mereka yang sakit ke hospital hanya pada saat-saat akan mati.

Selama paling kurang satu abad, berlangsung penyalahgunaan dan kekejaman dilakukan kapitalis kolonial terhadap buruh India. Prof Syed Hussein juga menceritakan bagaimana seorang pemilik ladang Eropah menganggap upah $3.60 sebulan yang diberi kepada buruh India sudah cukup dengan anggaran belanja beras sahaja $1.20. Bakinya boleh simpan sebab pemilik ladang kata pihaknya sediakan penginapan dan bekalan ubat percuma.

Padahal, tinjauan ketua pegawai kesihatan Negeri-negeri Selat di ladang itu mendapati keadaan berbeza. Jadi, adakah wajar masyarakat India hari ini terutamanya bersikap terus memperlekeh Melayu dengan menganggap orang Melayu begitu menindas mereka?

PENYAKIT

Buruh India di ladang milik penjajah Inggeris itu juga terdedah kepada pelbagai penyakit seperti cirit-birit, buasir dan malaria selain masalah tuak.

Antara 1911 dan 1916, terdapat 48,408 buruh India di 38 ladang di daerah pesisir Selangor. Sebanyak 21,354 daripadanya dimasukkan ke hospital kerana pelbagai penyakit manakala 20 peratus menderita malaria.

Dicatatkan juga dalam sejarah, bagaimana British turut mengeksploitasi banduan-banduan India untuk membina bangunan-bangunan awam dan jalan-jalan raya.

Hampir kesemua orang India yang dibawa masuk ke Tanah Melayu berasal dari India Selatan terutamanya wilayah Madras dan terdapat juga dari Punjab yang berasal di India Utara.

Selain bekerja di ladang tebu, imigran India juga dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh kontrak di ladang kopi di sekitar Perak dan Selangor.

Permintaan untuk menggunakan buruh-buruh India ini pula semakin meningkat kerana perbelanjaan untuk memperoleh mereka agak murah.

Tambahan apabila India berada di bawah pentadbiran Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC), lagilah British di Negeri-negeri Selat tiada banyak masalah untuk membawa masuk buruh India ke Tanah Melayu.

Mulanya kemasukan orang India melalui Sistem Buruh Kontrak yang diperkenal pada 1820 dengan mereka DIWAJIBKAN bekerja dengan majikan untuk tempoh yang biasanya lima tahun. Majikan itulah yang dikatakan membiayai kos tambang buruh India ini ke Tanah Melayu.

Malangnya, buruh-buruh yang dibawa masuk diberi layanan buruk dan diperah kudrat bekerja keras di ladang-ladang dengan kadar upah yang murah sehingga ada yang jatuh sakit bahkan tidak diberikan gaji.

Penindasan ke atas buruh India melalui Sistem Buruh Kontrak itu digantikan pula dengan Sistem Kangani yang kemudiannya menggalakkan kemasukan lebih ramai tenaga buruh dari India dan kebanyakannya datang secara berkeluarga.

Masihkah kau ingat lagi wahai Kulasegaran dan sekutu? Melalui Sistem Kangani ini, majikan yang mahukan buruh dari India dikehendaki menghantar pulang seorang 'kangani' (mandur) ke kampung halamannya untuk mendapatkan pekerja.

Kangani inilah yang kononnya bertanggungjawab membiayai tambang dan lain-lain perbelanjaan sampailah mereka tiba di ladang majikan masing-masing. Buruh-buruh itu diambil bekerja di bawah jagaan kangani itu.

Sejauhmana kangani itu melaksanakan tanggungjawab tidak dapat dipastikan. Mungkin Kulasegaran tahu. Tapi apa yang nyata, kangani ini ibarat seorang pengurus sebuah agensi membawa masuk pekerja asing. Begitulah sebabnya setiap kangani dibayar mengikut bilangan buruh yang diambil. Mahunya, nak bawa buruh India sikit. Mestilah selagi ramai selagi boleh diangkut.

Akhirnya, Sistem Kangani ini dihentikan pada 1938 ketika ekonomi dunia meleset teruk sekitar tahun 1930-an.

Polisi 'laissez-faire' penjajah inilah yang menyumbang wujudnya masyarakat majmuk di Tanah Melayu hinggakan menjelang tahun 1931, hampir satu pertiga daripada jumlah orang India yang datang ke Tanah Melayu datang dari kasta rendah yang berasal dari India Selatan.

Majoritinya orang Tamil berasal dari Madras manakala selebihnya Telegu, Malayali, Punjabi dan Orang Ceylon.

Selepas Perang Dunia Kedua, sebahagian besar masyarakat India yang datang ke Tanah Melayu terus menetap di sini. Banci penduduk Tanah Melayu pada 1957 misalnya menyaksikan kaum India membentuk 11 peratus populasi penduduk Tanah Melayu.

Sebelum itu lagi, data penduduk India di Tanah Melayu merangkumi Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sejak 1911 terus meningkat daripada 267,159 pada 1911 kepada 471,628 (1921) dan 623,224 pada 1931.

Diaspora India bukan sahaja wujud di Tanah Melayu bahkan di Asia Tenggara. Antara awal tahun 1850 hingga menjelang pertengahan 1930-an misalnya, terdapat kira-kira 2.5 juta orang India bekerja di Burma (kini Myanmar).

Jelas, motif utama kedatangan orang India ke Tanah Melayu abad ke-19 lalu lantaran desakan ekonomi. Ini fakta sejarah
meskipun pahit ditelan. Jangan lagi mahu pesong sejarah.

Adakah Kulasegaran dan sesetengah masyarakat India yang tidak habis-habis melabelkan Melayu rasis dan kononnya menindas mereka faham semua ini?

Related Posts