Ini Ulasan RORA Mengenai Polis Evo 2.

Oleh : Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
 

Ulasan Saya Mengenai Polis Evo 2
 

Semalam saya dijemput oleh Astro untuk menonton filem terbaru yang akan keluar tidak lama lagi iaitu Polis Evo 2. Setelah menontonnya berikut ulasan saya:

1. Saya lihat tidak ada pun unsur yang boleh menjadikan penontonnya salah faham terhadap Islam sehingga boleh menghukum Islam sebagai agama pengganas. Sebaliknya watak berserban itu (Saif) lebih kepada watak psiko yang menggunakan watak agama untuk memperdayakan pengikutnya.



2. Watak polis baik pula digambarkan seawal filem bersolat berjemaah. Ini menggambarkan bahawa polis tersebut adalah Muslim baik melawan Muslim jahat yang mahu membunuh orang awam.

3. Ketua polis SAC Azizat (Erra Fazira) berhijab dalam filem ini. Ini juga menggambarkan bahawa dia seorang Muslim baik yang mempertahankan nyawa orang awam.

4. Semangat setia kepada negara dan sanggup berkorban juga ditunjukkan dalam filem ini.

5. Tidak digambarkan pun Saif mengamalkan ajaran Islam sebenar dalam filem ini bahkan di awal filem disebutkan bahawa ajaran beliau adalah ajaran sesat.

6. Watak wanita membuka aurat yang minima. Tetapi jika boleh buat seperti filem munafik yang pelakon wanitanya berhijab itu tersangat baik.

7. Filem ini ada kebaikannya iaitu melawan golongan sesat yang menggunakan fesyen agama untuk mencari pengaruh.

Namun, setelah berbincang dengan pihak produksi mereka mengakui terdapat kelemahan ketika membuat trailler untuk filem ini. Justeru nasihat saya:

1. Perbaiki trailler pendek untuk filem supaya tidak disalahfahami.

2. Bagus jika ada konsultan agama untuk meneliti dialog berkaitan keagamaan selepas ini.

Sekian ulasan saya.

Related Posts