Thanos - Satu Ulasan.

Oleh : Zamir Mohyedin

"Setiap perkara yang saya lakukan, tidak pernah saya lakukannya untuk diri saya sendiri."

— Thanos


Bagi saya, Thanos adalah watak yang paling filosofikal dan matang sepanjang kemunculannya di MCU.


 
Paling 'profound' adalah sewaktu klimaks di 'Endgame'. Tidak seperti watak antagonis yang menafikan kekalahan, Thanos menerima kekalahannya sepenuh hati seperti tanpa penyesalan.

Thanos menggambarkan Malthusianism dengan baik. Teori yang menunjukkan bahawa populasi manusia meningkat dengan rancak relatif dengan sumber makanan yang meningkat secara linear.

Apabila berterusan akan berlakunya bencana ("Malthusian Catastrophe") — menurut Malthus, berlakunya 'bencana' ini kerana dua faktor utama yang dia panggil sebagai 'positive check' dan 'preventive check'.

'Positive check' — berlakunya perang, kelaparan dan penyakit yang akan menurunkan populasi.

'Preventive check' — manusia merancang untuk berhenti beranak sehingga turunnya populasi.

Thanos adalah 'produk' kepada 'bencana' tersebut kerana Malthusian Catastrophe telah berlaku di planetnya — Titan.

Thanos mengambil tindakan utilitarian kerana dia sangka manusia akan lebih gembira dan maju apabila setengah populasi alam dihapuskan kerana terdapat lebihan sumber yang tidak perlu dikongsi dengan ramai orang.

Thanos akui kesilapannya dalam Endgame. Kehidupan manusia di Bumi bertambah semakin teruk dan suram.

Bagi saya, bagaimana cara Thanos akui kesilapannya dan mempelajari ramalannya silap menampakkan kematangan dalam renungannya. Dia tidak melatah dan tenang.

Filem Endgame agak perlahan ketika plot awal-awal. Saya rasa macam sedikit bosan sebab banyak fokus pada melayan perasaan. Tetapi selepas itu sudah mula naik dan menarik sepanjang filem.

Paling masyuk sekali adalah sewaktu pertempuran di babak klimaks. Sebenarnya memang ada beberapa babak yang menyentuh perasaan.

Saya nak ingatkan, apa saja plot yang anda jangka daripada filem ini, mesti jangkaan anda akan meleset. Betullah seperti pelakon-pelakon ini cakap mengenai Endgame — mereka akan melakukan perkara yang penonton tidak jangka.

Endgame — 9/10

Related Posts