Saya sebarkan aib dan saya ok.

Sudah sampai masa nya untuk masyarakat belajar membezakan apa itu aib dan apa itu mencegah kemungkaran. Pendedahan gambar bogel dan aksi lucah awan dania tidak boleh dihalalkan atas nama mencegah kemungkaran. Lihat bawah neh ;


Salah satu gambar peribadi milik pelakon pembantu awan dania terdedah. Gambar ketika dia berlakon ada bawah neh ;



Masyarakat kena belajar setakat mana batasan mereka boleh bergosip apabila membabitkan maruah [aib] orang lain. Contoh mudah ;

1. AIB = Apabila dia berbuat dosa secara sembunyi yang tidak melibatkan masyarakat terbanyak / kepentingan orang awam maka wajar kita simpan tak kira siapa dia sekalipun. Pemimpin ka, pelakon ka apa ka. Contohnya macam berzina. Kita tidak layak membuka aib dia ataupun membeli / membayar semata2 nak mencari aib untuk dibongkarkan. Sejak bila kita boleh membeli aib untuk tujuan gosip dan sebaran?

2. Mencegah kemungkaran = Apabila dia berbuat dosa yang melibatkan kepentingan orang lain / masyarakat seperti mencuri, membunuh, merogol, merasuah dan sebagainya [waima secara sembunyi sekalipun]. Dalam erti kata lain dosa yang menyebabkan orang lain teraniaya ataupun dizalimi, maka wajib bagi kita membendungnya samada menasihat ataupun apa2 tindakan yang dirasakan wajar dan mampu dilaksanakan oleh rakyat biasa macam kita.

Contohnya macam artis yang sengaja berpakaian seksi dan membiarkan wartawan publish gambar seksi tersebut di media. Itu baru salah dan kita wajar tegur sebab mereka melakukan dosa secara terang2an. Ataupun artis yang menyebarkan gambar dia bersama anjing. Bukan orang curi tapi sendiri sebar. Tetapi bagi mereka yang menyorokkan perbuatan dosa itu, mereka masih ada rasa malu dan tidak boleh disebarkan andai kita tahu sekalipun.

Kenapa perlu kita halalkan perbuatan menyebarkan aib atas nama gosip? Nak nasihat? Gunalah kaedah yang bijaksana. Jelas gambar2 yang ditangkap adalah untuk peribadi sendiri tak kiralah seteruk mana pun ia. Bukan kita ada hak nak sebarkan ia. Apatah lagi dia tak pernah paparkan di dalam mana2 majalah ataupun facebook secara terbuka. 

Macam mana boleh ada sesetengah orang tue berfikir bahawa menyebarkan aib sebagai salah satu cara untuk nasihat? Aib ialah aib. Nasihat ialah nasihat. Dua benda neh tak bercampur sama sekali. Apabila anda menyebarkan aib ialah adalah anda menyebarkan aib, bukan nasihat.

Cukuplah tue. Gambar milik peribadi dia. Walaupun ia maksiat yang menjurus kepada perzinaan [belum terbukti dia berzina ] itu urusan dia dengan Allah swt. Korang tak perlu semak sangat dalam kehidupan artis dalam2 sampai urusan macam neh pun korang menyibuk. Bukan hanya zina je ada dosa, yang menyebarkan aib pun tak lepas darinya. 

Fikirlah yer. Andai kata, hari neh kita bayar orang sebab dapat berita sensasi bagi sebarkan aib artis atas nama gosip, esok di akhirat kelak siapa pula kita nak bayar bagi elak disoal Allah swt? 

Sumber : sini

Related Posts