Tercetusnya Revolusi Mesir..

Oleh : Sejarah

Tercetusnya Revolusi Mesir

Revolusi Mesir dilakukan oleh sekumpulan pegawai tentera yang menggelarkan diri mereka sebagai "Gerakan Perwira Bebas" yang dipimpin oleh Muhammad Naguib dan Gamal Abdel Nasser. Pada mulanya, revolusi ini bertujuan untuk menggulingkan raja Farouk I. Bagaimanapun, pergerakan ini beralih kepada pemansuhan sistem raja berperlembagaan dan mewujudkan sebuah republik.

 
Pemerintahan beraja di Mesir mengamalkan amalan rasuah, pro-British dan menjalankan gaya hidup mewah. Mereka dilihat sebagai boneka kepada penjajah Britain. Beberapa institusi Mesir seperti polis, istana bahkan parti politik turut dilihat mengamalkan rasuah. Selain itu, kehilangan 78% tanah Palestin dalam Perang Arab-Israel 1948 menimbulkan tekanan dalam kalangan pegawai tentera dan rakyat Mesir.

Pada 26 Julai 1952, Mohamed Naguib telah menemui Raja Farouk I dan memintanya untuk turun tahkta. Pelbagai alasan diberikan antaranya kehidupan raja terlalu mewah dan amat bertentangan dengan kehidupan rakyat jelata miskin. Rasuah berlaku di mana-mana terutama dalam kalangan polis, tentera, pegawai dan parti politik. Malahan konflik menentang Israel pada tahun 1948 tidak sepatutnya kecundang kerana berlakunya kebocoran maklumat dan rasuah.

Pada 25 Januari 1952, tentera British menyerang berek polis Mesir di Ismailia selepas polis tersebut enggan menyerah. 50 pegawai polis Mesir terbunuh dan 100 lain tercedera. Peristiwa ini mencetuskan kemarahan rakyat Mesir. Rusuhan terus tercetus di Kaherah dilihat sebagai pengakhiran pemerintahan beraja. Keesokan harinya, perusuh di Kaherah menyerang kepentingan dan syarikat asing. Perusuh mensasarkan kepentingan British, pejabat syarikat penerbangan, hotel-hotel, filem-filem, Hotel Shepheard, pejabat-pejabat BOAC dan Kelab Kuda British khususnya.

Pada pagi Rabu iaitu 23 Julai 1952, rampasan kuasa tentera terjadi di Mesir dan dilakukan oleh "Gerakan Perwira Bebas" diketuai oleh Jeneral Muhammad Naguib tetapi kuasa sebenar di belakang rampasan kuasa tentera ialah Gamal Abdel Nasser. Raja Farouk cuba mendapatkan bantuan dari Amerika Syarikat tetapi gagal. Seterusnya, Raja Farouk pindah ke Istana Ras Al-Teen di pantai. Jeneral Naguib mengarahkan kapten perahu layar "al-Mahrusa" milik Raja Farouk supaya tidak belayar atas perintah tentera.

Raja Farouk telah dibuang negeri pada 26 Julai 1952. Beliau belayar ke utara menuju pantai Itali dengan iringan tentera Mesir. Pada 28 Julai 1952, Muhammad Naguib menjadi Presiden Mesir pertama menandakan sejarah pentadbiran moden Mesir.

Related Posts