Enot menyesal komen pasal hudud.



Enot dah menyesal habis. Pasal hudud dia kena hentam kaw2. Bisnes dia pun turut terjejas. Ini membuktikan ramai orang islam sokong hudud. Baca bawah neh ;

Pelakon komedi Enot, mengakui sangat tertekan apabila dikecam gara-gara TERSILAP mengeluarkan kenyataan tentang hukum HUDUD di akhbar Sinar Harian, semalam. 

Selain dikecam menerusi twitter dan facebook, perniagaan keknya turut terjejas, apabila ada pelanggan yang menarik balik tempahan GARA-GARA kurang senang dengan komennya. Enot turut kesal apabila arwah ibu bapanya turut dicemuh. 

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian sebentar tadi, Enot menyatakan kekesalannya dan memohon maaf di atas kesilapan itu. -sinarharian-

Artikel penuh tentang isu neh akan disiarkan dalam terbitan sinar harian esok. Harap2 dia tak berikan komen yang boleh menjejaskan kenyataan minta maaf dia di atas neh pula. Apa pun, sama2 larh kita tolong tarbiah dia, semoga dia amek kesilapan kali neh sebagai pengajaran. Tugas kita disini bukan menghukum sebaliknya membimbing.





Kenyataan enot dan lain2 artis boleh dilihat disini. Selain dari enot, heliza dan datuk aziz sattar juga turut dikritik di facebook dan twitter.

Related Posts