Tahu kah anda harian metro pada bulan march lepas ada menyiarkan luahan zahida rafik yang terkilan apabila wangnya sebanyak rm200ribu dilarikan oleh bekas pemandu peribadi nya selepas dia berhenti kerja? Lihat dulu petikan di bawah neh ;
AMPANG: Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.
Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu yang menjalankan perniagaan milik keluarganya di sini turut ke rumah suspek untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi. Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.
Sementara itu, Zahida ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku mungkin kesilapannya sendiri kerana terlalu percaya terhadap pemandunya itu.
"Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan,” katanya
Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China.
“Sebelum ini sudah banyak kali dia (suspek) membantu saya dalam urusan memasukkan duit ke dalam akaun bagi urusan kerja, tapi tidaklah jumlah yang besar sebegini. “Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. -HM-
Namun,
Selepas sebulan berlalu, kisah neh menjadi semakin panas apabila bekas pemandu zahida rafik tampil menafikan tuduhan zahida dengan laporan polis. Selain itu menurut bekas pemandu zahida rafik ;
1. Dia bekerja dengan menteri namadirahsiakan untuk memerhatikan pergerakkan zahida selama tiga tahun [bukan lima tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh zahida].
2. Dia dilantik dan dibayar oleh menteri namadirahsiakan untuk menjaga zahida rafik, bukan dibayar oleh zahida rafik.
3. Dia berperanan membawa zahida rafik ke mana2 dan neh termasuk menguruskan pertemuan zahida rafik dan menteri terbabit di hotel2 sekitar kuala lumpur.
4. Menteri yang namadirahsiakan dikatakan telah memberikan zahida rafik wang sebanyak rm1.5juta. Tujuan tidak pula dinyatakan. Wang dibayar dalam beberapa kali dan dipercayai masih berterusan setiap kali berlakunya pertemuan mereka di hotel2 tertentu.
5. Laporan polis yang dibuat oleh bekas pemandu zahida rafik itu kemudianya diberikan kepada ahli parlimen ampang zuraidah kamaruddin untuk dihighlightkan ke parlimen bagi mempersoalkan dari mana menteri tersebut mendapat wang berjuta2 untuk memberikan kepada artis seksi zahida rafik.
Patutla... kadang2 kita juga merasa pelik dengan zahida rafik neh. Dia bukan lah berlakon sangat, muka pun jarang keluar tv tapi dari gaya hidup macam mewah.. rupanya.. hahahaha.. kantoi ka?