Pengguna rokok elektronik, atau vape, meluahkan perasaan marah mereka susulan tindakan terbaru Kementerian Kesihatan pada semalam yang merampas cecair berperisa nikotin dari kedai-kedai peniaga vape. Tindakan KKM yang merampas barangan peniaga2 itu turut disebarkan di laman sosial dan beberapa pihak tampil mencetuskan persoalan kepada KKM berhubung isu rampasan berkenaan.
Antaranya, pengarah dan pelakon tersohor Afdlin Shauki Aksan, yang menggunakan vape dalam usahanya berhenti merokok, termasuk yang meluahkan perasaannya beberapa jam selepas serbuan dan rampasan tersebut.
Soal Afdlin di laman rasmi facebooknya sambil memetik sebuah dokumentari yang disiarkan menerusi saluran BBC mengenai penggunaan VAPE dan kesannya ke atas individu ;
Just wondering KKM, where are your facts coming from? The cigarette companies?... Fakta korang datang dari mana? Dan kenapa takde budi bicara dan perbincangan sebelum tindakan?... Awak sekarang nak ex smoker jadi perokok balik ke? Sedangkan rokok 95 peratus lebih bahaya dari vape? Malas buat research ke apa? Or you dengar apa yg you nak dengar sahaja? Kalau nikotin menjadi isu kenapa tak ban rokok? Kenapa tak ban nikotin patch kenapa tak ban sayur sayuran yg ada nikotin seperti tomato, terung dan banyak lagi?... Vaping is most definitely HARM REDUCING according to many scirntist and doctors around the world. Watch this BBC expose.
Dalam pada itu, mufti terkenal dari Perlis, Datuk Mohd Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan nama panggilan MAZA turut dipetik sebagai berkata ;
Isu VapeRamai bertanya tentang vape. Di sini ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh;1. Menghisap vape pada asasnya bukan amalan yang baik, kerana ia mungkin mempunyai risiko yang tidak baik untuk kesihatan.2. Sehingga setakat ini belum ada kajian yang putus tentang kesan vape, maka hukuman sehingga ke tahap 'haram' perlu menunggu kajian yang diyakini yang membuktikan mudaratnya.3. Adalah menghairankan apabila ada pihak yang bertegas keras tentang vape tetapi tidak bertegas tentang pengharaman rokok. Lebih pelik lagi pada masa kini, apabila isu pengharaman rokok bagaikan dilupakan sedangkan fatwa tentang pengharamannya jelas dan hampir sepakat, sementara dalam masa yang sama hanya vape yang 'kelihatan' haram.4. Kesan zahir vape di sudut bau busuk mulut, tidak seperti rokok yang jelas busuk yang menyebabkan penghisap rokok itu dilarang hadir berjamaah di masjid kerana bau busuknya. Demikian ketika pergaulan. Di sudut itu, vape lebih baik dibandingkan rokok yang busuk dan mudarat.5. Rokok juga memudaratkan orang yang ada di sekeliling yang terhidu asapnya. Maka, dosa perokok boleh berlipat ganda atas sebab itu. Demikian perbuatan merokok telah merosakkan banyak harta awam. Ini dapat kita lihat kesan api rokok di tandas-tandas awam dan selainnya. Hal ini mungkin tidak terdapat pada penghisap vape.6. Penentuan hukum vape sangat bergantung kepada kajian yang pasti pakar kesihatan, bukan sekadar fatwa ahli agama semata.Dr MAZA
MAZA berkata sedemikian menerusi laman rasmi facebook dan rata-rata respon netizens bersetuju dengan pandangan tersebut dan mempersoalkan apakah yang membuatkan kerajaan begitu teruja mempertahankan kesihatan rakyat dalam isu vape sedangkan rokok turut mendatangkan mudarat yang sama bahkan terbukti menerusi fakta sains.