Lari Dari Pentas Debat 1MDB, Tony Pua Dikritik Pendebat Terbaik Asia.


Pendebat terbaik Asia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengkritik sikap DAP dalam isu cabaran debatnya dengan presiden 1MDB Arul Kanda Kandsamy.
Syed Saddiq membuat ulasan itu selepas Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke tidak membenarkan anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berundur daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) jika mahu berdebat dengan Arul, Malaysiakini melaporkan.
Laporan itu turut menyebut, Syed Saddiq dipetik sebagai berkata, Pua sedia maklum terhadap kesan berkaitan apabila mencabar Arul berdebat.
“Kepada DAP, kamu mula dengan menghina pengarah eksekutif 1MDB kerana takut, orang yang tiada integriti, takut diletakkan bawah perhatian umum.
“Kamu hantar pahlawan mengilap perisai untuk mencabar pihak yang dikatakan pengecut ini. Pahlawan ini dinamakan Tony Pua.
“Pahlawan ini menggelar pihak dikatakan 'pengecut' itu sebagai 'pelawak'.
“Sebelum pelawak ini terima cabaran untuk tampil secara langsung dalam debat 1MDB, pahlawan ini sudah dimaklumkan kesan yang mungkin akibat tindakannya, daripada konflik kepentingan kepada kemungkinan pengangkutan, masih putuskan untuk teruskannya,".
Tambahnya lagi, DAP nampaknya seperti mencari jalan untuk keluar daripada kemungkinan dimalukan Arul, yang juga seorang pembahas yang bagus.
Debat itu juga sepatutnya disiarkan secara langsung menerusi RTM namun dibatalkan oleh menteri komunikasi, Datuk Seri Salleh Keruak, atas alasan DAP mengantikan calon debat dari Tony Pua kepada orang lain. Menurut menteri berkenaan tawaran siaran langsung itu hanya untuk debat yang membabitkan Arul Kanda dan Tony Pua. DAP akan mengumumkan calon yang mengantikan Tony Pua untuk berdebat dengan Arul pada esok. Arul dilaporkan bersetuju untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dalam isu 1MDB. 
Sementara itu, Saifuddin Abdullah, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan dilaporkan berkata, "Jika RTM tidak mahu menjadi hos, ada Astro Awani dan yang lain,". Rancangan debat itu pada asalnya dijadualkan akan berlangsung pada jumaat ini namun tarikhnya masih belum muktamad susulan penarikan diri Tony Pua dalam debat 1MDB dan larangan keras dari speaker parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada semalam. - SeMbangPress.

Related Posts