Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung.

Media Indonesia melaporkan pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung. Ashraf Sinclair juga merupakan suami kepada pelakon dan penyanyi Bunga Citra Lestari.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.


Berita Harian melaporkan, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada jam 4 pagi di Hospital Metropolitan Medical Centre, Kuningan, Jakarta.

Di laman sosial, peminat dan netizens Malaysia dan Indonesia menzahirkan ucapan tahniah termasuklah penggiat seni dari kedua-dua negara itu.

Ramai melahirkan perasaan terkejut berikutan Ashraf Sinclair tidak pernah dilaporkan sakit. Sebagai rekod, Ashraf Sinclair berumur 40 tahun. - 18 Februari 2020.

Related Posts