Sungguh pun pelbagai pihak khususnya dari mereka yang mewakili institusi perbankan Islam tampil menafikan dakwaan tersebut namun semakin ramai pihak semakin terbuka mata dengan beranggapan sistem perbankan Islam di Malaysia menindas umat Islam khususnya atas nama agama.
Khususnya apabila masyarakat muslim yang meminjam menggunakan sistem perbankan Islam, mereka walaupun dikatakan dikecualikan daripada membayar 'riba', namun, mereka perlu membayar lebih tinggi berbanding apa yang ditawarkan oleh perbankan konvensional.
Ini serupa kulit Islam, isi sekular.
Penyudahnya yang mendapat persepsi buruk, sudah tentula agama itu sendiri.
Dan perkara itu bukan sahaja dapat dilihat oleh orang Islam, bahkan seorang pakcik berbangsa cina, bukan Islam juga dapat melihat 'penindasan' sistem perbankan Islam ke atas umat Islam di negara ini.
Lihatla kata-katanya yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin yang rata-ratanya muslim ;
- Pinjam 100 ribu, bayar 700 ribu.
- Saya fikir ini tidak betul.
- Saya harap kamu CIMB kenakan faedah, bayar balikla faedah tersebut kepada umat Islam.
- Saya cadang, tulis ke Najib, 1 Malaysia, tolong umat Islam lah..
Kenyataan pakcik bernama William Hui ini sebenarnya tepat tersindir ke muka-muka perbankan Islam di Malaysia khususnya bank Islam.
Dan terbuktilah, bahawa bukan orang kafir, yahudi, cina ataupun atheis yang menindas umat. Ia adalah umat Islam itu sendiri yang menyamar sebagai rakan-rakan kita, sahabat-sahabat kita dengan niat mahu menindas dan mengambil kesempatan di atas kesusahan dan keperitan hidup kita.. Lihat sahaja contoh yang berlaku di negara ini.. sekurang2nya itula yang terjadi. - SeMbangPress.