Anak TPM Mempersoalkan Tindakan KKM Rampas Barang Peniaga VAPE.

Anak timbalan perdana menteri mempertikai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyerbu kedai-kedai rokok elektronik, atau vape, dan merampas cecair nikotin semalam. 
Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menyifatkan tindakan itu berunsur ugut terhadap peniaga vape yang dianggap seperti penjenayah.
“Tidak perlu buat rampasan secara drastik, memberi kenyataan seumpama ‘mengugut’ seperti vape ini perbuatan jenayah,” kata anak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Nurulhidayah, yang juga seorang pengguna vape, mendakwa kementerian mengambil tindakan tanpa kajian mendalam.
“Kaji semula dengan beberapa universiti tempatan dan buat perbandingan dengan universiti luar negara, keluarkan soal selidik dan sebagainya, barulah nampak ‘kecerdikan’ di situ,” katanya di akaun Instagram miliknya malam tadi.




KKM sebelum neh mengeluarkan kenyataan akan mengharamkan penggunaan vape sebelum larangan berkenaan ditarik balik susulan daripada campurtangan kementerian kemajuan dan luar bandar, Datuk Seri Ismail Sabri atas alasan vape ialah aspirasi anak muda dan perlu diraikan penggunaannya. Difahamkan anak lelaki kepada Datuk Seri Ismail Sabri, Gadaffi Ismail Sabri atau lebih mesra dikenali sebagai Dafi juga seorang penghisap vape.

Walaubagaimanapun, KKM selepas itu bertindak drastik dengan mengeluarkan kenyataan keras kepada pengguna vape bahawa KKM akan merampas cecair vape yang mengandungi nikotin di pasaran atas alasan peniaga vape tidak mempunyai lesen untuk menjual nikotin secara terbuka. Selepas 2 hari, serbuan pertama mula dilakukan pada 6 Nov dan ada peniaga mendakwa kerugian 200,000 ribu ringgit selepas rampasan dilakukan oleh KKM. Tidak hanya cecair vape malahan e-rokok atau vape turut dirampas dalam serbuan berkenaan.

Selepas rampasan dilakukan, KKM mengeluarkan kenyataan akan mempertimbangkan cukai ke atas pengguna vape dan ini menimbulkan kemarahan di kalangan perokok yang beranggapan isu vape sengaja diperbesar-besarkan atas alasan cukai. -SeMbangPress.

Related Posts