Service Lambat, Makanan Biasa-Biasa Aje - Restoran Fizo Omar Dikritik Pelanggan.


Seorang pengguna FB yang dikenali sebagai Farid Nor telah berkongsikan pengalaman ketika menjadi pelanggan di restoran pelakon dan juga pengacara Fizo Omar.

Menurut pengguna FB tersebut dia tidak akan mencadangkan kepada sesiapa untuk makan di restoran FizoMawar disebabkan pengalaman buruk yang dialaminya. Hidangan yang lambat tiba, layanan yang kurang mesra di samping rasa makanan yang biasa-biasa menyebabkan pengguna berkenaan meluahkan rasa di facebook.

Luahan berkenaan mendapat perkongsian sebanyak 115 kali setakat ini dan di ruangan komen terdapat beberapa individu yang diperlihatkan seperti membela reputasi restoran milik Fizo Omar. Seolah2 tidak meraikan kritikan jujur kepada Fizo Omar. 

Berikut ialah luahan yang dimaksudkan ;

RM16.80 is the price i paid for drinks and food and time wasted 32min (just to be clear to everyone).

I will not recommend anyone going to this FizoMawar restaurant. Actually baru balik dari tempat tu sebab baru habis luangkan masa dengan kawan-kawan JomWeb di Bangi. 

 
Since saya datang sana seorang diri, waiter kata kalau makan sorang, saya tak boleh duduk di bahagian aircond. Dia tunjukkan kawasan yang tidak beraircond. Lepas tu bila saya 'stare' pada dia and tunjukkan pada dia ada meja kosong di bahagian aircond, dia beralah dan benarkan saya untuk duduk di situ.


Bila saya place order untuk minuman, mereka ambil masa 29 minit utk sampaikan minuman pada saya. Restoran Murni rasanya lagi pantas serve air walaupun dengan volume pelanggan yang berlipat kali ganda daripada restoran FizoMawar ni.


Makanan pulak sampai dalam tempoh 32 min, taste pun so so saja. Menu tersebut adalah antara menu utama. Bila tengok rupa makanannya, rasanya boleh diserve kan dengan lebih cepat lagi sebab cuma nasi putih, ayam goreng rempah taruk bijan, kuah gulai dan sambal. Nothing kompleks (saya pun memasak juga di rumah). Waiter di Nasi Kukus My Mama pun boleh serve lagi pantas.


Fizo Omar ini kalau ikutkan media ialah seorang pelakon yang menceburi bidang 'motivasi' dan jadi penceramah tentang keusahawanan. Katanya pengalaman beliau dalam bidang keusahawanan ni meluas dan dah ramai orang yang datang dan mendengar ceramahnya. Tapi untuk bisnes F&B, saya rasa Fizo Omar ni perlu lebih banyak belajar, tutup mulut, buka telinga, buka hati dan buka minda kalau nak berjaya dalam bisnes F&B. Ikut nasihatnya sendiri untuk berjaya. Takyah nak sindir perli pelanggan anda.


Untuk menu harga RM16.80, your food biasa-biasa saja dan service pun biasa-biasa saja. Hype saja lebih. Anda semua boleh belanjakan RM16.80 di restoran yang menghidangkan makanan lebih enak dan servis lebih pantas.

Related Posts