(TIPS) Mari Kenali Minyak Gaharu Yang Ori Atau Palsu.

NOTA PENTING ILMU GAHARU.

(MESTI BACA & SHAREKAN)

Rupanya ramai di luar sana mengambil kesempatan menipu orang yang tidak berilmu tentang gaharu.

Tidak kira yang berjubah, berserban, ustaz menjual minyak gaharu di tepi masjid mahu pun di pasaraya menipu pengguna tentang kualiti minyak gaharu.

Apatah lagi mereka yang berniaga kerana memikirkan keuntungan semata-mata berdasarkan hawa nafsu melihat kekayaan semata-mata.

KUALITI PATI MINYAK GAHARU.

Pati minyak gaharu berwarna Perang, Hitam dan Hijau.

Kualitinya terhasil bergantung kepada kualiti teras dan kayu minyak gaharu yang terhasil berdasarkan kuantiti resin yang terdapat dalam kayu tersebut.

Sayugia diingat Pati Gaharu Asli tidak wangi. Berbau busuk kayu. Tidak meruwap di udara.

Harga standard di ladang RM540 satu tola 12 ML. Retail RM1200 12 ML untuk gred A.

Usah menjadi peniaga yang menipu dengan memperolehi rezeki yang tidak berkat dengan menipu pengguna RM30 dijual 15 ML di tepi masjid, pasar malam mahu pun pasaraya dengan mengatakan ianya Pati Minyak Gaharu Asli. Oleh kerana pati gaharu harganya sangat mahal kini, meningkat mendadak di pasaran antarabangsa WTC Dubai, WTC New York, peniaga mula mencampurkan:

1. Minyak hitam kereta.
2. Gandum.
3.dan lain-lain.

Supaya kelihatan likat dan hitam. Kemudian dimaklumkan pati minyak gaharu asli. Ianya adalah tindakan yang tidak baik sebenarnya dan sangat dimurkhai Allah swt.

Ini sebenarnya pati gaharu asli. Botolnya begini untuk International standard kerana orang soleh, Arab suka botol begini dimasukkan dalam poket jubah, dibawa untuk wangi-wangi ketika solat di masjid.

Kebanyakkan mereka yang buat packaging cantik-cantik, jual secara komersial ialah wangian gaharu yang hanya menggunakan Basenote gaharu dicampur pelbagai pati bunga atau pati buah.

Nota ini nota penting ilmu gaharu.

SHAREKAN nota ini kepada ummat Islam supaya tidak tertipu lagi. Semoga memberi manfaat. 

Related Posts