Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo Review.

Bukanlah sesuatu yang menarik. Suntingan drama ini agak bercelaru namun drama Moon Lovers ini menjadi fenomena worldwide bagi peminat-peminat drama Korea.

Drama ini pada awalnya tidak mendapat sambutan yang hangat di Korea meskipun promosi dilakukan secara hebat dan besar-besaran. Ratingnya agak rendah. Namun impak berbeza bagi penonton2 di luar Korea. Sambutan hebat yang diterima menjadi fenomena.

Namun selepas beberapa episode disiarkan, ia mula mendapat tempat di kalangan rakyat Korea dan ratingnya terus meningkat. Mungkin orang2 Korea dah jemu melayan drama historical yang sebenarna agak janggal bagi penonton2 luar negara contohnya di Malaysia. 


Drama bersiri ini mengandungi 20 episode. Dengan membariskan beberapa pelakon ternama. 

Sedikit info tentang barisan pelakon dan pengarah.


Ia adalah sebuah drama yang diadaptasi berdasarkan novel yang bertajuk Bu Bu Jing Xin yang ditulis oleh penulis China, Tong Hua. Sebelum ini China pernah menyiarkan drama atas tajuk novel yang sama. 

Hae Soo adalah gadis dari masa hadapan yang secara misterinya telah kembali ke masa silam ketika zaman penubuhan empayar Goryeo. Bagi mereka yang belum tahu, empayar Goryeo adalah zaman sebelum The New Joseon. Manakala Korea kini adalah zaman selepas era The New Joseon.

Hae Soo kembali sebagai seorang gadis yang berusia 16 tahun dan tinggal di rumah Putera ke lapan bagi raja Goryeo yang pertama ketika itu.

Drama ini meskipun diadaptasi dari novel penulis China, tetapi ia mengisahkan sejarah penubuhan awal Korea. Terdapat beberapa babak yang diselang-seli dengan sejarah yang benar-benar berlaku ketika zaman pemerintahan empayar Goryeo.

Ketika berada di zaman silam, Hae Soo telah berkawan rapat dengan ketujuh-tujuh putera raja Goryeo dan disitulah bermulanya insiden demi insiden yang menyebabkan konflik dan pertembungan antara adik beradik.

Secara ringkasnya ia mengisahkan percintaan dramatik dan tragis Hae Soo dengan raja keempat Goryeo yang dikenali dengan nama Wang So ataupun Gwang Jong nama dalam sejarah Korea.


Gwang Jong dikenali sebagai raja yang melakukan banyak reformasi bagi membantu rakyat pada ketika itu. Antara jasa-jasanya yang seringkali diperkatakan ialah membebaskan hamba mangsa perang, hamba mangsa hukuman dan yang dilarikan. Mengurangkan kekuasaan orang-orang kaya dan berpengaruh. Menyamaratakan taraf status masyarakat dengan membenarkan orang2 biasa mengambil peperiksaan penting untuk membolehkan mereka menjadi pegawai kerajaan. Tidak tertakluk kepada orang2 kaya, atasan dan berpengaruh semata-mata.

Namun, dia juga adalah raja yang ditakuti kerana membunuh adik beradiknya sendiri ketika berada di dalam kekuasaan. Menaiki taktha ketika berusia 24 tahun dia akhirnya mati bersama pembaharuan-pembaharuan yang dilakukannya apabila pewarisnya gagal mengekalkan sistem sedia ada atas tekanan orang-orang berpengaruh.

Hanya sedikit dari drama ini mengisahkan tentang pemerintahan Gwang Jong. Ia lebih menumpukan terhadap perhubungan Hae Soo bersama ketujuh-tujuh putera King Taejo dan hubungan Hae Soo dengan Wang So. Selain dari percintaan Hae Soo - Wang So, drama ini turut memaparkan percintaan tragis di antara Baek Ha - Woo Hee.

Episode permulaan drama ini agak baik. Namun ia seperti lari arah apabila suntingan drama sangat bercelaru dan hilang focus sehingga menyebabkan jalan cerita seakan kelam kabut.

Ia kembali pulih pada di akhir-akhir episode. Dan semakin stabil apabila siri semakin menemui jalan penamat.

Ada beberapa perkara menarik dalam drama ini yang boleh dijadikan iktibar. Bagaimana hubungan adik beradik boleh hancur atas nama kuasa dan kedudukan. Hubungan Wang So bersama abang dan hampir kesemua adiknya putus disebabkan perebutan kuasa dalam empayar Goryeo. Babak adik beradik terpaksa saling berbunuhan demi kuasa juga agak menyedihkan.

Babak si ibu (Queen Sinmyeongsunseong) meminta anak King Jeong Jong menanda-tangani surat peralihan kuasa (wasiat) ketika raja sedang sakit menunggu kematian membuktikan kuasa lebih penting dari meratapi kesedihan kematian anak yang sedang berhadapan dengan maut. Ibu-ibu dalam drama ini rata-ratanya bersikap kejam dan pentingkan diri. Berupaya membuatkan kita rasa sakit hati!

Queen Sinmyeongsunseong malahan melayani anak secara diskriminasi berdasarkan rupa juga agak menjengkelkan. Bagaimana seorang ibu sanggup berkelakuan kejam terhadap anak sendiri, Wang So hanya kerana mukanya berparut. 


Watak Hae Soo berkembang dan berubah. Bermula sebagai seorang gadis yang berani menjadi kepada penakut dan berhati-hati dan akhirnya matang kerana mengalami pelbagai insiden yang melukakan perasaan.

Wang So pula ialah seorang putera yang berhati batu dan suka membunuh menjadi seseorang yang sangat mesra dan berperasaan selepas mengenali Hae Soo. 


Namun perhubungan mereka berdua menghadapi rintangan demi rintangan dan akhirnya Hae Soo terpaksa berkahwin dengan putera lain.. kenapa? Saksikan kesudahan drama ini sendiri. Ia bukan percintaan yang mengembirakan. Sejak drama ini tamat pada dua hari lepas, laman web drama dibanjiri pelbagai jenis komen-komen yang meluahkan rasa marah kepada penulis dan pengarah drama ini. 

Malahan ada yang menangis berjam-jam lamanya disebabkan ending drama ini kata mereka tragis. Padahal ia tidaklah begitu menyedihkan sebenarnya. Babak pembunuhan Wang Eun oleh Wang So adalah super menyedihkan dalam drama ini sebetulnya. 


Peminat2 drama ini juga menantikan2 season kedua seperti drama China bagi melengkapkan percintaan Hae Soo - Wang So di alam seterusnya. Apakah SBS akan memenuhi tuntutan peminat?

Bintang untuk jalan cerita adalah 3.
Bintang untuk lakonan 4. Lee Jun Ki sememangnya pelakon yang baik dan pandai membawakan wataknya.
Bintang untuk props 5.
Bintang untuk drama ini secara keseluruhan 3. 

Jika anda suka kepada drama cinta, ini mungkin boleh menjadi drama yang anda patut tonton. 

Related Posts