6 Drama Korea Berdasarkan Siri Webtoon Terkenal.

Drama K | Webtoon yang jadi drama di Korea S.

Ada beberapa drama di Korea berdasarkan siri webtoon (aka webcomic) yang popular.

1. Cheese In The Trap (filem & drama).

Sinopsis : Basically tentang life Hong Sol & hubungannya dengan senior, Yoo Jung. Hong Seol duduk luar campus, bekerja part time dan ada prasangka negatif terhadap Yoo Jung, yang dia anggap senior talam dua muka.



Yoo Jung adalah anak konglomerat, dan mempunyai sejarah pahit dengan kembar Baek In Ho & In Ha.

In Ha, kaki kikis, malas belajar & bekerja, suka ambil kesempatan.

In Ho, bekas pelapis pemain piano yang tangannya cedera, dia juga jatuh cinta dengan Hong Seol.

Drama ini mengupas perubahan life keempat-empat individu di atas. Ada beberapa pengajaran yang boleh dipelajari. Ia bukan tentang cinta semata-mata.

Drama ini dulunya menimbulkan sensasi sikit bila penerbitan vs pemilik asal webtoon. Dalam siri asal webtoon (7 tahun diterbitkan dengan 4 season), ia berakhir dengan happy ending.

Tetapi ending dia tergantung dalam drama. Selain author webtoon bengang, followers Kdrama juga bengang dengan krew drama.

Selepas episod last disiarkan tanpa season two, krew drama kena bashing kaw-kaw.

2. Item.

Sinopsis : Drama ini tentang misteri, balas dendam & jenayah. Mengisahkan konglomerat yang buat jenayah bakar bangunan sehingga mengorbankan beberapa mangsa & terlepas dari menerima hukuman (kerana tiada yang tahu dia buat jenayah tu).



Selepas beberapa tahun, Kang Gon, seorang pendakwaraya bekerjasama dengan pegawai polis elit, Shin So Hyung, untuk menjejaki jenayah Jo Se Hwang. Abang & kakak ipar Kang Gon mati akibat kemalangan, ini menjadikan Kang Gon perlu membesarkan anak saudaranya, Kang Da In.

Semua ini bermula apabila Da In terjumpa gelang misteri. Gelang misteri itu membuatkan si pemakainya jadi kuat & gagah perkasa.

Bagi mendapatkan item tersebut, Se Hwang memburu Da In.

Item tersebut sebenarnya dicuri dari rumah Se Hwang. Selain gelang, beberapa item yang lain juga hilang.

Ketika menyelamatkan Da In, Kang Gon & So Hyung berjaya merungkai satu persatu misteri & kaitan antara mereka berdua dengan kejadian kebakaran suatu ketika dahulu.

3. Extraordinary You 2019.

Sinopsis : Rasanya, drama ini terlalu diperkatakan kerana sad ending antara Da Oh, Ha Ru & Baek Kyung. Sejujurnya personal opinion aku, drama neh bosan (aku tak tengok khusyuk, tapi anak-anak punya febret) tapi rating dia tinggi ya.



Kisahnya, watak komik yang menyedari mereka tu sebenarnya komik. Apatah lagi mereka tu watak tambahan (extra) yang diwujudkan bagi menyerlahkan peranan watak utama.

Da Oh menyedari egonya, dan dia rupanya extra. Dia tak puas hati dengan penulis komik. Wataknya menyedihkan. Dia ada penyakit kritikal dan bertepuk sebelah tangan dengan watak Baek Kyung. Baek Kyung adalah watak pembantu dalam komik. Kawan baik watak utama.

The Stage : atas pentas lakonan, bila Da Oh kena berlakon jadi sebagaimana penulis mahukan.

The Shadow : Da Oh boleh menjadi dirinya sendiri.

Da Oh berusaha nak ubah konsep The Stage. Dia taknak sakit, taknak mati & taknak cintakan Baek Kyung.

Ketika inilah Da Oh bertemu Ha Ru.

Rupa-rupanya Da Oh, Ha Ru & Baek Kyung dah dilukis pada komik lain yang dibawa ke komik baru. Ada juga beberapa watak lama dimasukkan ke dalam komik baru. Mereka ini menyedari ego mereka & tahu mereka tu watak komik je.

Yang tak sedar ego mereka, tak akan ingat apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Baek Kyung neh jahat dalam The Stage, tapi di The Shadow, dia suka kat Da Oh. Dia sorokkan perasaan dia jer.

Ha Ru pula ialah pelajar baik & suka kat Da Oh. Ha Ru neh awalnya EXTRA takde nama & skrip pun.

Ha Ru & Da Oh saling jatuh cinta. Ending dia Ha Ru mati. Dalam versi webtoon, yang mati Da Oh.

4. Love Alarm Season 1 & 2 (Season Two siaran Ogos 2020).

Sinopsis : Mengisahkan aplikasi Love Alarm. Aps neh bila kau install & sign up, dia boleh baca perasaan kau. Siapa suka kau & kau suka siapa boleh dikesan.

Kim Jojo, anak yatim piatu, dijaga makciknya. Ada sepupu, Park Gul Mi, yang sentiasa cari pasal dengan Jojo. Dia juga suka buli & iri hati pada Kim Jojo. Tapi Gul Mi dewasa agak baik sikit.

Lee Hye Hyeong, rakan sekolah Jojo. Dia suka kat Jojo secara sembunyi.

Hwang Sun Oh, dia dan Hye Hyeong rakan baik. Satu hari dia nampak Hye Hyeong follow Jojo. Dia pun ikut Hye Hyeong & mula mengenali Jojo.

Dari situ, dia sentiasa follow Jojo & berjaya buat Jojo suka kat dia.

 

Hye Hyeong sedih tapi bagi restu pada perhubungan Jojo & Sun Oh.

Namun, Jojo tinggalkan Sun Oh. Bila Sun Oh detect melalui aps LOVE ALARM, memang Jojo tak sukakan dia lagi. Hakikatnya, Jojo gunakan SHIELD. SHIELD ini akan melindungi hati dari dibaca oleh aps. Hanya Jojo je ada SHIELD. Ia hadiah untuk Jojo dari creator Love Alarm. Jojo kenal creator Love Alarm.

Kemudiannya, mereka bertiga jumpa balik masa dewasa, setelah 4 tahun dah berlalu. Kali ini Jojo bersama Hye Hyeong. Sun Oh marah. Kerana Sun Oh memang suka kat Jojo dan tak pernah lupakan Jojo walaupun dia marah Jojo tinggalkan dia.

Sun Oh sebenarnya dah ada awek. Awek dia tahu Sun Oh tak suka kat dia bila trace guna LOVE ALARM hati Sun Oh tak naik kat HP Yuk Jo.

Drama neh rating tinggi pada Season One. Ending dia juga buat ramai followers Kdrama marah kerana memisahkan Sun Oh & Jojo.

Ending Season One, episode 8, Jojo berlari ke event Love Alarm sebab nak jumpa creator untuk buang SHIELD, Hye Hyeong berlari kejar Jojo, dan Jojo terserempak dengan Sun Oh & Yuk Jo yang on the way ke tempat event.

Masa ini, HP Sun Oh detect 1 hati, iaitu hati Yuk Jo. HP Yuk Jo & Hye Hyeong, 0 hati. HP Jojo 2 hati. Iaitu hati Sun Oh & Hye Hyeong.

Bulan lepas, semasa Love Alarm 2 umumkan pengambaraan drama dah habis, mereka siarkan gambar krew & pelakon. Song Kang (watak Sun Oh) tiada dalam gambar tu.

Ia membuatkan followers Love Alarm marah dan menyangka Jojo & Hye Hyeong akan bersama akhirnya, manakala Sun Oh akan diketepikan Jojo.

Perbincangan kat forum, ada desakan nak boikot juga. Tapi sambutan lite. Actually, ramai tak sabar nak tengok Love Alarm Season Two.

Versi Webtoon, still berjalan, tapi Jojo berakhir dengan Hye Hyeong ketika ini.

5. Pengasus Market.

Sinopsis : Drama ini mengisahkan dunia perniagaan = pengurusan PASARAYA.

Ini drama genre lawak. Ada 12 episode. Setiap episode pun best. Tentang Jeong Bok Dong yang diturunkan pangkat dari pusat ke cawangan yang paling merugikan syarikat, Pengasus Market.

 

Disitu dia bertemu kakitangan syarikat, Moon Suk Goo yang bekerja jenis ikut buku & Jo Mi Ran yang diarahkan untuk intip tindakan Bok Dong.

Bila tengok drama ini, dia akan ajar cara urus pelanggan & perniagaan juga & taktik marketing.

6. Stranger From The Hell.

 
Sinopsis : Ini drama seram & jenayah. Kisah pembunuh misteri & psikopat. Yoon Jung Woo, baru habis latihan ketenteraan & mendapat kerja di Seoul.

Di Seoul, dia menyewa hostel sebab itulah paling murah & yang dia mampu memandangkan baru bekerja.

Tapi, hostel tu pelik. Terpencil & misteri. Penyewa hostel pun berkelakuan pelik & menakutkan. Disitu dia berkenalan dengan doktor gigi, Seo Moon Jo, Kang Seok Yoon (pemain muzik jalanan), Eom Bok Soon (pemilik bangunan hostel), Ahn Hee Joong (samseng) dan beberapa yang lain.

Masa berkhidmat, Jung Woo sering dibuli ketuanya. Tapi dia belajar simpan perasaan marah. Namun bila dia berpindah & tinggal di hostel, perasaan marah, nak pukul, nak bunuh orang mula keluar sedikit demi sedikit.

Awalnya Jung Woo cuba minta bantuan dari bossnya, Shin Jae Ho, tapi tak dilayan. Bermula dari situ emosi Jung Woo semakin tak terkawal, dia menjadi pemarah, ganas & memberontak.



Son Yoo Jung adalah pegawai polis. Dia berkenalan dengan Jung Woo semasa kes kucing mati dibunuh. Yoo Jung merasakan hostel tempat Jung Woo tinggal semacam misteri dan dia cuba membantu Jung Woo yang dia tengok dah lain macam dari hari ke hari.

Berjayakah Yoo Jung membantu Jung Woo? Jawapannya tidak. Jong Woo berjaya masuk ke dalam perangkap & menjadi monster yang mengantikan gurunya. Siapa? Nak tahu, tengoklah sendiri.

Btw, endingnya sama macam versi webtoon.

Related Posts