9 Langkah Untuk Langsaikan Hutang..

9 LANGKAH LANGSAI HUTANG 

1. Akui dan jujur kelemahan diri, hutang dibuat tak boleh nak lari. 

2. Gunakan teknik 'snowball' atau bola salji, bayar ikut apa yang dimeterai dan dijanji. 

3. Langsaikan dahulu hutang yang kecil, bulan-bulan jangan 'miss' atau 'terkucil'. 

4. Katakan 'tidak' dan didiklah hati merasa cukup, jika tidak gaji besar pun tak cukup-cukup. 

5. Lunaskan dahulu hutang kad kredit, katakan pada diri 'You Can Do It'!' 

6. Belajar dan cipta pendapatan ke dua, bukannya berangan tambah cawangan isteri ke dua. 

7. Aset dan liabiliti selalu disemak, cari keberkatan dan usahlah tamak. 

8. Murahkan rezeki dengan bersedekah, utamakan yang halal dan 'barakah'. 

9. Bersama amalkan solat sunat dhuha, ingatkan diri hutang tak akan langsai tanpa usaha. 

Info gambar.


Apabila melihat pemandangan saujana putih mata memandang dan salji ini, selain merasa kagum dengan kebesaran Maha Pencipta, saya juga teringatkan teknik langsai hutang yang telah dipopularkan oleh Dave Ramsey. 

Teknik tersebut dikenali sebagai 'snowball' atau bola salji. Melalui kaedah ini, hutang kecil perlu dilangsaikan dahulu dan perlu dibayar sekurang-kurangnya jumlah yang minima. 

Bukan itu sahaja, 'interest' atau caj yang paling tinggi seperti kad kredit dan pinjaman peribadi perlu diberikan keutamaan untuk dilangsaikan terlebih dahulu. 

Bahasa yang mudah, nak langsai hutang tiada jalan mudah dan tidak boleh nak lari. Pertama sekali, kena akui dan jujurlah pada kelemahan diri. 

Selain itu, belajar katakan 'tidak' dan didiklah hati merasa cukup, jika tidak gaji besar pun tak cukup-cukup. Apa kata, bersamalah amalkan solat sunat dhuha, ingatkan diri selalu hutang tak akan langsai tanpa usaha. 

Sekadar perkongsian dari kejauhan. Sayonara! Sampai jumpa lagi.

Oleh : Isma Addi Jumbri

Related Posts