Baiki 7 Perkara Ini Jika Mahu Beli Rumah Pertama
Membeli rumah pertama adalah mudah jika korang tahu aturannya. Masa muda ni jangan buat hutang jahat banyak sangat.
Dah banyak hutang jahat tu yang tak mampu nak menyimpan untuk deposit rumah tu. Tak perlu tunggu masuk umur 30-35 tahun untuk beli rumah pertama.
Carilah rumah yang berharga di bawah RM150K untuk pelaburan hartanah dahulu. Baiki/bina CCRIS, semak DSR dan teruskan memburu hartanah. .
Antara perkara kau patut baiki jika mahu beli rumah pertama adalah;
1. Mempunyai Pekerjaan Yang Stabil
Kau mesti mempunyai pekerjaaan yang stabil. Pihak bank akan mengambil kira tentang perkara ini. Sekurang-kurangnya kau perlu bekerja lebih daripada enam bulan. Barulah pihak bank akan lebih berkeyakinan pada kau.
2. Tambahkan Wang Simpanan
Wang simpanan ini penting untuk membayar kos yang berkaitan nanti. Antaranya kos guaman, duti setem dan sebagainya. Paling kurang, kena sediakan dalam 10% hingga ke 15% daripada harga jualan rumah tersebut. Mulakan membuat simpanan daripada sekarang. Boleh baca tips ini untuk kumpul deposit rumah RM17K dalam masa 3 tahun. https://m.facebook.com/story.php… .
3. Baiki Laporan CCRIS
Laporan CCRIS yang cun melecun mampu membuatkan permohonan pembiayaan perumahan kau senang diluluskan. Selagi laporan CCRIS kau ada angka “0” je, kau ada peluang cerah untuk dapatkan pembiayaan perumahan. Jika ada sebarang komitmen dengan pihak bank, jangan lambat bayar ye.
Jika tak ada laporan CCRIS, boleh mohon pembiayaan perumahan? Boleh saja. Bank perlukan bukti yang kau mampu membayar pembiayaan perumahan tepat pada masanya. Kalau tak ada laporan CCRIS, mungkin kadar keuntungan bank lebih tinggi daripada mereka yang telah ada laporan CCRIS. .
4. Baiki Hutang Tertunggak
Kadangkala kau tak sedar pun korang kena CTOS disebabkan menjadi penjamin pada adik-beradik ataupun sedara mara. Kalau dah kena CTOS ni wajib langsaikan dulu hutang tertunggak. Kau kan suka berhutang yang tidak perlu. Beli telefon pintar pun berhutang. Beli sofa pun berhutang. .
5. Baiki Nisbah Hutang Kepada Pendapatan
Debt Service Ratio (DSR) adalah Nisbah Hutang Kepada Pendapatan. Semakin tinggi nisbah, semakin banyaklah hutang / komitmen korang. Pihak bank mengambil kira faktor ini untuk menentukan berapa jumlah kelayakan pembiayaan rumah yang korang boleh dapat. Pengiraan DSR ini berlainan bagi setiap bank namun konsep dia tetap sama. Lain bank, lain SOP dia. Rajin-rajinkanlah diri ke bank untuk bertanya ye. .
6. Dokumentasi Yang Lengkap
Sediakan dokumen yang lengkap sebelum memburu hartanah. Kalau boleh kau sediakan dokumen sokongan yang lengkap terus. Pegawai bank nak proses permohonan kau pun senang hati.
Antaranya;
a) Salinan Kad Pengenalan: Pastikan jelas depan dan belakang.
b) Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: Penjawat Awam) (2 Tahun
c) Surat Pengesahan Majikan (kalau penjawat awam boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan)
d) Slip Gaji (3 bulan, nak letak 6 bulan pun okay kalau bulan tu ada terima bonus ataupun OT)
e) Penyata EPF (terkini)
f) Penyata Bank (3 bulan-6 bulan)
g) Dokumen Sokongan:
i. TH, ASB, Fixed Deposit
ii. Unit Amanah, simpanan, saham.
iii. Surat perjanjian hutang / komitmen kena bayar pada bank setiap bulan untuk perkiraan DSR.
iv. Sebarang dokumen yang boleh menampakkan kau mampu membayar ansuran bulanan.
v. Laporan CCRIS .
7. Baki Selepas Tolak Komitmen Juga dikenali sebagai Net Disposable Income. (NDI).
Sebagai kos sara hidup. Selepas kau dah bayar semua komitmen dengan bank, mesti kau perlukan wang untuk hidup lagi kan? Kau kena ada baki yang cukup seperti yang bank tetapkan. NDI bergantung kepada tempat kau tinggal sama ada kawasan bandar ataupun luar bandar. Ia bergantung juga pada status perkahwinan. Kebiasaannya standard bank akan ambil RM1000. Ada juga bank yang ambil RM1300. Rajin-rajinkan walk in ke bank untuk tanya ye.
*** Kalau kau masa muda ni nak sibuk pergi travel sana sini, jadi geng backpackers, silakan. Simpan dulu nota ni untuk korang baca masa umur 35 tahun nanti.
Masa tu korang kata rugi tak beli rumah di usia muda. Rumah dah semakin mahal. Member korang yang gaji rendah daripada korang dah ada 2-3 rumah dah. Masa tu korang tengok je lah gambar travel korang sambil air mata mula menitis. Kah!