Taktik-Taktik Kotor Yang Digunakan Oleh Pengutip Hutang Yang Anda Mesti Tahu

Oleh : Peguam Salkukhari Abd Sukor

MACAM-MACAM TAKTIK YANG DILAKUKAN OLEH PENGUTIP HUTANG 

Baru baru ni saya dihubungi oleh seseorang, katanya beliau ada dapat panggilan daripada mahkamah beritahu hendak sita barang-barang di rumah beliau dan beliau diminta pergi ke makamah, sedangkan beliau tidak pernah dapat apa-apa surat pun daripada peguam. Saya tanya beliau, adakah beliau ada apa-apa tunggakan hutang dengan bank atau mana mana pihak?. 

Gambar Oleh Google
Kata beliau, memang beliau ada tunggakan hutang bayaran ansuran beli sofa dengan court mammoth. Semalam juga ada kawan saya, yang juga seorang peguam, bagi tahu yang beliau pernah dapat panggilan dari seseorang yang mendakwa sebagai peguam dan mintak beliau jelaskan hutang lama bil broadband beliau. Beliau tanya balik, u dari firma guaman mana tadi? 

Bila orang tu cakap dari syariakt peguam ABC Collection, beliau terus kata, bohong, u bukan dari syarikat peguam. Saya tak mahu cakap dengan u dan terus letak panggilan. Yang lebih lawak lagi, ada kawan saya bagi tahu, kes klien beliau punya cerita, pernah seseorang mendakwa sebagai hakim datang ke rumah beliau tuntut bayaran hutang. 

Kalau tak bayar, kena ikut beliau ke mahkamah dengan serta merta. Yang kelakarnya, "hakim" tu siap dengan pakai rambut putih (wig) lagi. haha.. 

Taktik Kotor Pengutip Hutang

Itu belum cerita lagi ada kes seseorang pernah dapat notis kononnya daripada mahkamah, tetapi kandungan notis tersebut amat melucukan dan meragukan sekali. Bagi orang yang faham undang-undang, memang akan tahu ianya jelas bukan daripada mahkamah. (Sila rujuk gambar). 

Inilah antara gelagat dan cara "kreatif" pengutip hutang (debt collector) yang dilantik oleh syarikat-syarikat tertentu untuk menakut-nakutkan orang awam supaya segera bayar hutang. 

Bagi orang awam, bila dengar perkataan peguam, mahkamah, hakim, saman, sita dan sebagainya, mereka sudah pasti akan rasa kecut perut. Dan kesannya untuk tak nak panjang cerita, mereka pun akan buat bayaran segera. 

Walaupun matlamat mereka untuk nak pastikan siberhutang jelaskan bayaran hutang, cara di atas bukan sahaja tidak beretika, tetapi ianya juga boleh dianggap sebagai tindakan memain- mainkan proses undang-undang. Ianya juga boleh dianggap sebagai satu bentuk penipuan yang mana merupakan satu kesalahan jenayah yang amat serius. 

Jadi nasihat saya kepada orang awam, jika anda terima panggilan telefon atau terima notis yang menyatakan mereka daripada syarikat peguam atau dari mahkamah, atau mendakwa kononnya rumah atau barang-barang rumah anda akan dilelong, jangan terus percaya bulat bulat. 

Sebaiknya, siasatlah dulu betulkah panggilan tersebut datangnya daripada syarikat peguam atau daripada mahkamah. 

Ambil segala maklumat terperinci tentang mereka seperti nama syarikat, alamat pejabat, nama penuh dan nombor BC peguam tersebut, nombor telefon mereka, nombor saman atau nombor kes dan sebagainya. 

Dan sila buat semakan dan sahkan dengan majlis peguam atau mahkamah yang berkenaan tentang maklumat tersebut. Kebiasaannya peguam atau wakil mahkamah tidak akan menghubungi anda atau datang ke rumah anda untuk tuntut hutang dengan tiba-tiba. 

Kalau betul barang rumah anda akan dilelong, sudah pasti anda akan terima dokumen-dokumen atau surat cara yang sah dari peguam dan ada common seal mahkamah. 

Dan prosesnya tidak lah cepat seperti kilat sebegitu. Kerana terdapat beberapa prosedur yang perlu di patuhi sebelum lelongan boleh dilakukan. 

Dan nasihat saya juga, silalah rujuk dengan peguam apabila anda terima sebarang notis daripada mana mana pihak. Peguam akan lihat dokumen tersebut dan akan advise sama ada dokumen tersebut adalah betul atau sekadar scam semata-mata. 

Dan sekiranya pihak tersebut masih berterusan melakukan perkara yang sama kepada anda , anda berhak membuat laporan polis terhadap mereka. Dan tindakan perundangan boleh diambil terhadap mereka sebagaimana yang saya nyatakan di atas tadi. 

Cuma pesan saya, jika anda rasa ada apa-apa tunggakan hutang atau tunggakan bill dengan mana mana syarikat pemberi perkhidmatan atau ada apa-apa bayaran ansuran beli barang atau bayaran ansuran bulanan pinjaman bank dan sebagainya, eloklah anda terus pergi ke syarikat tersebut untuk membuat pengesahan. 

Dan jika memang ada tunggakan, silalah jelaskan ia dengan segera. Kerana itu menjadi tanggung jawab anda dan perlu anda lakukan. Hormatilah proses undang-undang demi kebahagiaan hidup bersama.

Related Posts