As usual, pengajian sejarah ini dibuat secara tawasul berasaskan dengan izin Allah. Pertama sekali, bukan mudah untuk saya menulis artikel ini kerana ia terkait dengan watak yang dinyatakan dalam Surah Al Kahfi iaitu seorang Wali Allah yang bernama Iskandar Zulkarnain.
Tidak mudah dalam erti kata yang lain, saya kena menulis dengan berhati-hati, kalau tidak “masak” saya, tidak mudah juga kerana ia mendedahkan diri saya kepada riak, tidak mudah juga kerana ia membuka laluan fitnah ke atas diri saya dan kawan-kawan saya, Geng Shahpaskal (sahabat shahpaskal, shahpaskal, kerol jumper dan zuha.
Tetapi saya mendapat sokongan, bagi saya ada sebab saya diberi peluang melalui pengalaman-pengalaman ini dan menyampaikan kepada yang lain, tapi terus terang, artikel ini menjadi beban yang saya harus pikul. Untung nasib, Allah tingkatkan darjat saya, nasib tidak baik, saya akan karam dalam badai fitnah.
Tawasulan ini dibuat oleh Sahabat Shahpaskal dan dengan bantuan leluhurnya pada 29 Nov lepas, saya cuma tukang tanya soalan. Saya memanggil Zulkarnain dengan panggilan “Tuanku”, tinggi orangnya dan berbahasa purba mungkin Aramaic bukannya bahasa Arab, sepanjang sesi tawasul yang diterjemahkan oleh Kerol (dasat mamat ni boleh paham bemacam bahasa)…sebaik sahaja datang, habis berterabur jin-jin di sekitar tempat kami melepak.
Saya memulakan pertanyaan sama ada Tuanku ini adalah Alexander The Great versi barat atau Mahajaraja Cyrus seperti yang sering ditampilkan oleh pengkaji-pengkaji sejarah moden sebelah sini.
Sesuai dengan sifatnya sebagai RAJA dan Wali Allah, serta merta wajahnya berubah, baginda menyuruh Kerol membuka surah Al Kahfi, kelam kabut kami, mana ada kami bawa Al Quran, nasib baik…Kerol ada bawa salinan digital Al Quran dalam telefon pintarnya dan melalui telefon pintarnya juga diberikan bayangan lokasi tembok tersebut yang akan dihuraikan pada point berikutnya.
Iskandar berkata, “Dalam Al Quran, Allah sudah berfirman bahawa nama saya Iskandar Zulkarnain. Mengapa manusia berdolak dalik dengan kebenaran Al Quran, mengapa manusia tidak mempercayainya? Adakah kalian tidak beriman dengan Al Quran dan cuba mengubah kebenarannya?”.
Mati akal saya…tetapi saya faham, kemurkaan itu bukan ditujukan kepada saya dan Geng Shahpaskal terutamanya Kerol sebagai penterjemah bahasa purba Aramaic tetapi lebih kepada umum.
Serentak dengan itu, saya bertanya tentang nama baginda yang sebenar, bangsa termasuk pusat kerajaannya. Memang nama baginda Iskandar Zulkarnain, berbangsa Kan’an (Palestin), pemerintahan beliau bersifat ‘mobile” kerana beliau sering mengembara bersama menteri dan bala tenteranya tetapi pusat kerajaan, terletak di Baitulmuqqadis, beliau mewarisi tinggalan kerajaan Nabi Sulaiman.
Baginda menjelaskan, perjalanan dan pengembaraannya menjadi mudah kerana diizinkan Allah seperti dinyatakan dalam AlQuran, baginda juga mendapat ilham tentang lokasi serta jalan-jalan yang pintas, selamat.
Saya kemudian bertanya tentang kuari dan jumlah besi yang baginda gunakan bagi pembinaan tembok yang memerangkap Yakjuj dan Makjuj. Soalan saya ini membayangkan satu industri besar, yang merujuk kepada projek mega industri logam. Sekali lagi saya kena ditegur..adoiii.
Ditegur kerana terlalu berimaginasi dan berpandu pada logik akal saya. Baginda sekali lagi meminta saya merujuk kepada Surah Al Kahfi. Baginda meminta kami untuk benar-benar faham tafsir ayat tersebut dan meminta kami merenungkan keadaan golongan yang meminta baginda agar tembok itu dibina.
Dia menjawab:
“(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh (Al-Kahfi 18:95).
Jelas surah tersebut, merujuk kepada golongan yang susah, penduduk yang miskin dan kerana itu Iskandar Zulkarnain tidak mahu menerima upah mereka.
Penduduk ini pun tidak mempunyai kuari atau longgokan besi yang banyak.
“Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata : “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia : “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya” (Al-Kahfi 18:96).
Baginda hanya mengambil ketul-ketul besi yang dibawa dan jumlah yang dimiliki mereka dan memasak logam-logam ini dalam periuk/tempayan atau guri dan ditiup dengan alatan mereka supaya apinya sentiasa marak menyala untuk mencairkan besi yang akan menjadi “bumbung besi dilapisi tembaga” menutup lembah juga menjadi tembok dinding besi berlapis tembaga antara dua gunung tersebut. Ia bukanlah periuk gergasi yang berisi bertan-tan logam cair.
Melalui guri ini, logam tembaga yang sudah cair itu dituang ke atas lapisan bumbung besi dan tembok besi dan meresap menyusuri ke dalam rekahan bumi (selepas mendapat ilham dari Allah), besi dan tembaga yang cair tetapi sedikit itu, dengan izin Allah, terus bergerak masuk ke dalam setiap rekahan sehingga mencukupi bagi meliputi satu kawasan yang besar untuk memenjarakan kaum Yakjuj dan Makjuj, bumbung dan tembok besi cair ini juga menyerupai banjaran-banjaran gunung dan sudah mengalami proses alam sejak beribu tahun lampau.
Saya bertanya bagaimana dan apakah Yakjuj dan Makjuj ini, baginda memberitahu, “mereka manusia tetapi tidak serupa macam manusia, ganas seperti binatang tetapi bukan binatang yang amat kuat dan terlalu pantas bergerak”.
Iskandar Zulkarnain tidak tahu, bilakan Yakjuj dan Makjuj akan keluar kecuali sehingga sampai ke satu saat yang diizinkan Allah mereka bebas pantas membuat kerosakan.
Kepada para pembaca yang budiman, para ulamak berpendapat tidak ada sesiapa pun yang akan mengalahkan Yakjuj dan Makjuj ini kecuali dengan izin Allah, melalui penyakit, atau sebagainya.
Ketika ditanya bagaimana seseorang yang beriman mampu menyelamatkan diri dari serangan Yakjuj dan Makjuj ini, baginda menyatakan, hanya dengan memiliki TAUHID dan rukun IMAN yang kukuh.
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan (pertolongan) bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
(Al-Kahfi 18:84) Kami juga bertanya, bagaimana baginda mampu meneroka setiap pelusuk dunia hanya dengan berjalan kaki atau menaiki kuda, raja yang hebat itu memberitahu, segala-galanya dimudahkan oleh Allah seperti dinyatakan dalam AlQuran tanpa menghuraikan lebih lanjut.
Terlalu banyak tempat yang sudah dijejaki baginda, termasuk Tanah Melayu bagi melawat satu tempat paling utama menempatkan sebuah bangunan besar yang dibina pada zaman Nabi Sulaiman.
Tempat kedua di Tanah Melayu, beliau singgah di satu penempatan di kawasan berhampiran Gunung Jerai, baginda merujuk kepada kerajaan Kedah Tua tetapi baginda tidak mahu menyatakan apa, siapa, tamadun, watak atau nama ketua masyarakat di situ.
Melalui kesempatan ini, kami juga bertanya jika baginda pernah diangkat ke langit untuk melihat bumi dari angkasa,berdasarkan satu hadis, baginda menafikan hal ini, Iskandar Zulkarnain memberitahu, hanya Rasulullah SAW sahaja yang pernah diangkat ke langit. Sebagai manusia biasa, Iskandar tidak pernah melalui perjalanan seperti itu, sebaliknya, dengan izin Allah, hanya diperlihatkan keadaan planet bumi secara ilham.
Kami kemudiannya menyuruh Kerol untuk melihat lokasi yang telah diberikan oleh Iskandar Zulkarnain :
Iaitu di kawasan eropah timur, didalam jajaran banjaran pergunungan tersebut terdapat beberapa gunung lain yang salah satunya membentuk jurang/lembah menempatkan tembok tersebut. Antara kedua hujung (end to end) banjaran seperti hampir dengan dua lautan berlainan dan betul2 atas sempadan beberapa buah negara bekas Soviet dengan Rusia.
Mungkin itu sebabnya mereka tiada identiti bangsa. Lokasi berkenaan memang sangat terpencil daripada peradaban manusia, tiada laluan malahan teramat sukar untuk dilalui oleh kenderaan darat dan tidak terletak antara laluan trafik pesawat serta satelit, ia juga sentiasa kelihatan macam ada satu lapisan yang menutupi lembah/jurang yang dalam dan gelap.
Lembah yang terletak di antara dua gunung tinggi ini, memang “terpenjara” oleh banjaran gunung-ganang yang lain, ia mempunyai tekanan udara dan suhu yang agak rendah sehingga akan menyukarkan untuk manusia yang berniat mahu mengembara ke kawasan terbabit.
Logam besi dan tembaga yang dituang, membentuk sebahagian dari geografi bumi, seolah-olah seperti dinding yang amat tebal. Yakjuj dan Makjuj ini berketinggian lebih kurang 9 hingga 12 kaki. Berbadan agak kurus tetapi tegap. Tangan mereka panjang sedikit dari kaki.
Mereka semuanya tidak henti berusaha untuk merobohkan, merobek dan mengorak bumbung dan tembok tersebut. Tidak berambut, terdiri dari kelompok jantan dan betina. Ia mempunyai sistem reproduksi seperti manusia, bagaimanapun sistem perkahwinan dan keluarga tidak wujud, mereka berzina sesama sendiri, tanpa mengira ikatan ahli keluarga.
Makhluk ini mempunyai deria dan pancaindera yang sensitif dan tajam, bermata besar, keadaan mulut yang agak bulat, bergigi tajam dan muncung sedikit.
Ia mungkin macam Homo Erectus (rangka kumpulan manusia kuno ini banyak ditemui di kawasan negara bekas Soviet, kawasan terhampir dengan penjara Yakjuj dan Makjuj. Malah sedikit penyelidikan dari Google juga mendapati manusia-manusia purba yang kononnya “missing link” antara manusia dengan beruk yang gagal dikupas oleh saintis berat kemungkinan merupakan kelompok Yakjuj dan Makjuj.
Sebagai orang Islam, kita beriman bahawa manusia pertama adalah Nabi Adam dan Hawa (Perenggan ini, adalah pendapat peribadi penulis). Ia mempunyai kekuatan yang luar biasa, bergerak teramat pantas. Kulitnya agak tebal dan sukar cedera. Ia merupakan sejenis makhluk kanibal, semasa terpenjara dalam dinding ciptaan Iskandar Zulkarnain.
Makhluk ini turut memakan daging anggota keluarga mereka yang sudah mati. Memandang di dalam Surah Al-Kahfi, dengan jelas merujuk makhluk ini sebagai sesuatu kaum dan bukan bangsa. Jumlah mereka agak banyak hinggakan digelar SATU KAUM dalam kampung. Kedasyatan dan kekejaman makhluk ini amat mengerikan, ia sangat tamak berbanding Yahudi.
Ketika sedang menikmati daging manusia, jika terlihat sahaja manusia lain, ia akan mengejar mangsa baharu dan meninggalkan sisa daging yang sedang diperlahapnya tadi. Bukan sahaja manusia menjadi mangsa kerakusan Yakjuj dan Makjuj ini, haiwan juga tidak tertinggal.
Tapi jangan risau….semasa keluarnya makhluk ini, generasi yang lahir tahun 60, 70 dan 80 sudah pun meninggal dunia. So, kepada generasi akan datang yang harus berdepan dengan Yakjuj dan Makjuj ini, saya ucapkan “Good Luck”.