10 Tips Melancong Ke Iran Yang Anda Patut Tahu!

Oleh : Hadi Mustafa
WELCOME TO IRANNN!
Iran merupakan sebuah negara yang penuh kontroversi apabila disebut namanya. Bagi masyarakat antarabangsa, dengan isu nuklearnya Bagi Muslim, dengan isu Shiahnya. Tidak dinafikan, negara ini memang agak terkenal dengan pelbagai perkara. Namun jangan dilupakan bahawa Iran juga merupakan salah satu lokasi yang banyak berlaku perkara menarik dalam sejarah manusia; dan negara ini juga amat sesuai jika kita mahu melihat nilai senibina dan budayanya.
Berikut merupakan beberapa tips bagi traveller(s) yang mungkin berkeinginan untuk ke negara ini dalam masa terdekat:
1. Jangan memandu kereta di Iran
Peraturan, sikap dan gaya pemanduan di Iran amat berbeza dengan Malaysia. Jika di Malaysia terdapat ‘road bullies’ dalam kuantiti yang sedikit, anda akan “dibuli” secara besar-besaran jika anda tidak tahu peraturan memandu di sana. Jarang sekali penulis melihat teksi yang dinaiki berhenti pada lampu isyarat merah. Jalan raya di bandar sentiasa sibuk dengan motosikal, lori dan kereta. Teksi berlumba-lumba mendapatkan pelanggan dan ada yang berhenti secara tiba-tiba di jalan raya yang sibuk. Walaubagaimanapun, jalan raya di Iran kebanyakan adalah 3 ataupun 4 lanes menjadikan penulis berasa lega waaupun sentiasa dalam keadaan merbahaya. Sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak memandu di sini, percayalah; anda sedang membuat pilihan yang bijak.
2. Wanita wajib menutup kepala
Adalah menjadi peraturan Iran yang mewajibkan semua golongan wanita supaya menutup rambut mereka ketika berada di tanah Iran. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tindakan undang-undang dikenakan. ‘Head cover’ wajib dipakai daripada ‘touch down’ sehinggalah kapal terbang pulang ke tanah air berlepas. Sekuriti di airport agak tegas tetapi mereka juga ‘polite’ dalam masa yang sama.
3. They don’t use electronic boarding pass at airport
Ketika di airport Iran, mereka tidak menerima sebarang ‘boarding pass’ selain daripada ‘boarding pass’ yang harus dicetak di kaunter penerbangan masing-masing. Berbeza dengan kebanyakan negara lain, ‘online check in’ sudah memadai. Kegagalan untuk mematuhi perkara ini akan menyebabkan anda dihalang oleh imigresen dan berkemungkinan anda harus membeli tiket pulang yang baru sekiranya anda terlepas penerbangan.
4. Kadar Pengangkutan Awam yang Berpatutan
Iran merupakan negara yang sangat murah harga minyaknya. Ini menjadikan kos transportasi amat murah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Purata harga bas daripada satu Bandar ke satu Bandar yang lain adalah 200,000 IRR (Iranial riyal) ke 500,000 IRR. Tiket metro di Bandar Tehran pula hanya 7000 riyal (RM0.90) bagi semua destinasi di dalam Bandar Tehran (satu hala).
5. Rakyatnya diwajibkan menghadiri ‘military service’ selama 21 bulan
Walaupun Iran pernah mempunyai sejarah yang tidak berapa manis didengari, penulis berasa selamat dengan ‘environment’ ketika berjalan-jalan di Bandar-bandar Iran. Jalan raya dan kaki limanya bersih. Dan selalu juga ditempatkan pegawai-pegawai keselamatan yang terdiri daripada rakyatnya sendiri (rakyat nya diwajibkan menghadiri ‘military service’ selama 21 bulan) bagi menjamin kesejahteraan di situ.
6. Keadaan Cuaca
Cuaca di Iran adalah sangat panas. Purata suhu adalah dalam 35-39 celcius pada waktu siang dan 18-23 celcius pada waktu malam. Sila bawa ‘petroleum jelly’ (ataupun lipbalm) bagi mengelakkan masalah bibir merekah dan sila minum air dalam kuantiti yang mencukupi. Purata harga air minuman yang dijual (kecil) adalah 5000 rial.
7. Nilai matawang
Mata wang Iran boleh dibahagikan kepada dua(2); iaitu Riyal dan Toman. 100,000 riyal adalah bersamaan dengan 10,000 Toman yang juga boleh dianggap bernilai RM10 (bergantung pada currency exchange). Pendek bicara, riyal adalah sen, toman adalah ringgit. Ketika penulis bermusafir, currency exchange adalah RM1.30 bersamaan dengan 1000 toman.
8. Wang dan Internet
Sekiranya anda ingin menukar duit, tukarlah kepada USD ataupun GBP terlebih dahulu kerana tiada currency exchange di Malaysia yang menawarkan IRR di sini. Antara adalah kerana Iran pernah dikenakan sekatan ekonomi tidak lama dahulu dan pernah dilabel sebagai ‘high risk country’. Di Iran, ‘online banking’ juga tidak boleh digunakan. Akaun Facebook dan Twitter juga tidak boleh digunakan. Sekiranya anda mahu juga menggunakan FB, anda boleh download Apps “turbo VPN”. Ini adalah penting sekiranya anda selalu berkomunikasi melalui FB di waktu-waktu kecemasan.
9. Tukaran Wang dan Sim Card
Tukaran wang dan pembelian SIM card digalakkan diselesaikan di Airport sahaja kerana airport mereka menawarkan kadar yang menarik dan berpatutan. 
Jika anda tidak berkesempatan menukar duit di airport, anda boleh menaiki metro di Tehran menggunakan Line 4 (kuning) dan berhenti di stesen Firdaousi. Di situ, anda akan menjumpai banyak kedai tukaran matawang. 
Walaubagaimanpun, diingatkan bahwa cuti umum (weekend) Iran adalah pada hari Jumaat dan Khamis. Sim card pula bernilai $5 untuk internet 1,5gb; $10 untuk 3GB.
10. BERUNDING terlebih dahulu sebelum menggunakan teksi
Kadar tambang teksi pula boleh menjadi penentu utama “budget” para pengembara di Iran. Di Iran, meter teksi tidak digunakan. 
Oleh itu, kadar teksi untuk jarak yang dekat (dalam Bandar) adalah 100,000 riyal manakala untuk jarak jauh (1 jam -1.30jam perjalanan termasuk hantar, tunggu dan pulang) adalah 600,000- 1,500,000 IRR. Pastikan anda menunjukkan wang anda kepada pemandu terlebih dahulu sebelum setuju menggunakan servis mereka; kerana ramai pemandu akan menggunakan taktik mengelirukan pelanggan dengan kadar toman dan riyal; selain meminta tips lebihan setelah anda sampai ke destinasi. 
Sila bayar hanya selepas anda selamat pulang daripada ‘trip’ anda sekiranya ianya ke luar bandar. Kekeliruan mungkin berlaku kerana kebanyakan mereka tidak fasih bercakap bahasa selain bahasa Parsi.
Iran merupakan negara yang cantik dan kaya dengan sejarah dan budayanya. Di tanah itu, pernah terdirinya tamadun Parsi yang terkenal dan beberapa bangsa lain (Majusi) yang boleh kita jadikan pengajaran dan BUKANNYA IKUTAN.
Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu". (QS. Al-'An`am [6] : 11)
"maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada." QS. Al-Haj [22] : 46
Semoga bermanfaat!
Salam Ramadhan.
Gambar : Muhammad Hadi Mustafa

Related Posts