15 Panduan Mudah Sebelum Membeli Apartment.

PANDUAN MUDAH BELI APARTMENT
1. Beli apartment yang tak lebih dari 500 unit dalam satu bangunan Semakin padat kediaman, semakin banyak masalah yang akan datang.
2. Elakkan beli unit yang bawah sekali, risiko kecurian dan kebersihan susah dikawal nanti.
3. Semakin tinggi kita beli semakin rendah tekanan air nanti.
4. Beli apartment yang status tanahnya kediaman dan bukan komersial. Bil utiliti, bayaran pengurusan jadi tinggi jika beli yang komersial nanti.
5. Jika dapat setiap tingkat tak lebih dari 10 unit rumah, semakin banyak rumah semakin banyak masalah aras tersebut.
6. Unit kita jangan menghadap matahari petang (west) isteri kita akan seksi sepanjang malam. Untung masa depan ðŸ˜œ
7. Semak tahap keselamatan ada berapa peringkat, sebaiknya tak kurang dari 3 peringkat.
8. Pastikan apartment kita yang 3 bilik dan 2 bilik jangan beli yang kurang dari itu.
9. Jangan beli yang rendah silingnya, sebaiknya lebih dari 8'kaki tinggi. Bila pasang kipas agar tak putus jari.
10. Pastikan ada ruang ampaian yang sesuai, takkan baju nak hantar dobi dan sidai diruang tamu.
11. Jangan ambik unit dekat lif, kawasan lift selalu bising dan tempat pertemuan seluruh dunia.
12. Beli dari pemaju yang terkenal dan ada nama, jangan beli yang baru nak buat kali pertama. Lawat projek lepas mereka, kualitinya bagaimana?
13. Semakin banyak fasiliti yang disediakan semakin baik, ada ruang gym, dewan, library dan ruang kawin lagi.
14. Pelan yang bagus ada dua zone ruang, satu ruang tamu, makan dan dapur, satu lagi zone privacy iaitu bilik kita dan keluarga
15. Pastikan dapat parking, jika dapat 2 parking percuma lebih baik. Satu parking boleh disewakan bagi bawar duit selengara.
Selamat membeli kengkawan, jangan mudah putus asa. Cari sampai jumpa, lambakan apartment makin banyak.
Lelaki seksi ada rumah sendiri sebelum cari isteri, amacam ada berani ðŸ˜œ

Related Posts