Ramai Pemaju Perumahan Terasa Bila Saya Dedahkan Perkara Sebenar Tentang Bumbung Rumah..

Tulisan viral mengenai jangan beli rumah tiada bumbung atau rumah moden bumbung pendek yang mendapat sambutan netizens nampaknya tidak berhenti setakat itu.

Tulisan itu yang ditulis oleh Doktor Azizul Azli Ahmad, seorang yang pakar dalam bidang hartanah itu turut mendapat kecaman dari pihak pemaju malahan ada yang berura-ura mahu mengambil tindakan perundangan ke atas beliau.

Tulisan itu dikongsikan sebanyak 32 ribu kali di laman Facebook, dan mendapat sokongan rata-rata netizens yang selama ini kurang arif tentang reka bentuk rumah yang sepatutnya melindungi kepentingan pembeli/pemilik rumah.

"Bila tulisan saya "Kenapa Bumbung Rumah Pendek? " menjadi viral. Ramai yang mula terasa terutama pemaju perumahan. Sehingga ada yang sangat marah hingga nak ambil tindakan undang undang dan ada yang membela tindakan pemaju ini." 

"Yang paling menyedihkan yang membela pemaju ini orang yang sekolah tinggi, bijak pandai dan seharusnya berkongsi ilmu dengan masyarakat miskin seperti kita semua."

"Baiklah, biar kami ini kekal bodoh dan jangan pandai sampai bila bila. Maklumlah kita orang nie tak hensem," katanya di status Facebook beliau sambil berkongsikan beberapa gambar tangkaplayar perbualan beliau bersama seorang pemaju perumahan.

"Client saya terkesan dengan posting doktor menyebabkan sedikit konflik antara saya, tuan rumah dan pelukis plan,"

"Betul posting doktor viral dan doktor sendiri memang hebat. Posting tuan ibarat mengeruhkan keadaan. Kasihan developer besar-besar. Saya yang kecil ini pun jadi pening. Plan dan siap print out," kata individu tersebut dalam rakaman perbualan itu.

 


Bagaimanapun, respon yang diberikan oleh Doktor Azizul Azli Ahmad nampaknya bisa membuatkan si pengkritik berasa sentap saat membacanya!

"Saya menulis agar semua orang jadi bijak pandai, bukan dibiarkan ditipu dengan design yang moden dan cantik. Kos print kembali drawing tidak sampai RM52,000 sebagaimana pembeli terpaksa buat bumbung baru kesan haba, kebocoran, kulat, hujan lebat dan angin kuat," katanya. 



Inilah perangai pentingkan diri oleh sesetengah pemaju perumahan. Kebanyakan dari mereka hanya mahu mengaut keuntungan berlipat ganda tanpa memikirkan risiko yang perlu dihadapi atau ditanggung oleh pembeli. Mereka seakan bergembira jika pembeli buta tentang ilmu perumahan dan reka bentuk, malahan merasa seronok pula jika berjaya memperbodohkan pembeli.

Sebenarnya apa yang dikongsikan oleh Doktor Azizul Azli Ahmad ini dapat membantu orang ramai untuk membuat pilihan semasa membeli rumah pada masa akan datang. 


Diharapnya kita semua berkongsikan ilmu ini kepada semua agar boleh membendung amalan penipuan yang dilakukan oleh sesetengah pihak ke atas pembeli. - SembangPress

Related Posts