Bila Suami Meninggal Mengejut
Assalamualaikum, terima kasih kalau tulisan saya disiarkan. Sempena hari Jumaat, saya nak sedekah ilmu yang ramai perlukan bila tiba masanya.
Saya kematian suami hampir 4 tahun lalu kerana meningtis atau jangkitan kuman pada otak. Tiba-tiba suami yang sihat ceria terpaksa dikomakan akibat sawan yang tak henti-henti walaupun dia tak pernah ada history epilepsy. Setelah koma 3 minggu, Allah ambil dia. Alhamdulillah, I accept with satisfaction because that is what redha means.
Anyway, saya macam lost sekejap sebab suami yang buat semua semasa hayatnya., sampaikan nak makan apa pun dia yang handle. Alhamdulillah Allah tempatkan insan-insan yang menolong untuk selesaikan bermacam urusan. Banyak benda kena buat sebenarnya tau, especially berkenaan harta pusaka. Saya cuba explain as best as I could but this is going to be lengthy so brace yourself.
1. Pencen Socso
Kalau si mati meninggal sebelum usia pencen i.e. 50 tahun dan dia bekerja di company yang mencarum, warisnya akan terima Pencen Penakat. Isteri akan dapat pencen ni seumur hidup walau dia kahwin lain, anak-anak akan dapat hingga tamat belajar. Kiraannya saya tak tahu, kena tanya Socso tapi berdasarkan gaji terakhir. Alhamdulillah majikan saya yang sibuk ambilkan borang dan suruh isi. Saya memang tak tahu langsung kewujudan pencen ni. Pastu every year kena submit borang renew pada Socso ye, kalau nak pencen bulanan tu.
2. Loan Rumah
Kalau suami ada beli rumah guna nama dia je, loan akan settle sebab MRTA cover. Tapi kami buat joint loan so hanya separuh loan settle. Saya continue bayar bahagian saya macam biasa tapi tiba-tiba lepas 2 tahun bank call cakap ada tunggakan, banyak giler lak tu, dalam RM10k. Ommo! Apakah? Rupanya kena inform bank untuk buat rescheduling bayaran. Sebabnya bank cakap masa sign agreement loan, kita kata kita akan bayar RM3000 sebulan i.e. separuh suami bayar, separuh saya bayar. So bank expect RM3k tiap bulan. Sikit tak inform, tau-tau dah dekat RM10k sekali dengan interest lewat bayar. Memang keji. Konon bank Islamik, pinjaman pun Islamik. Hampeh! Sebab bengang dengan pengamal-pengamal riba’ ni, saya settlekan semua loan. Padan muka! Sori, emo lak. So, ingat, sila reschedule monthly payment kalau buat pinjaman bersama. Senang je, isi borang je kat bank.
3. Kereta
Ni lagi satu pening. Kalau masa buat loan beli kereta, pastikan ambil insurans ke atas pinjaman tu tau. It’s a different insurance from the car. Insurans kereta yang guna bila accident tu semua biasa kan. Ni insurance macam MRTA yang kita ambil bila buat loan rumah tu. Tak ingat apa namanya tapi kena tanya kat bank, KENA TANYA! Cos they don’t usually volunteer the info sebab rugi kalau owner meninggal, bank kena continue bayar.
Kalau kereta murah bank offer tanpa ditanya tapi kalau yang mahal, takdenye. Kitorang tak ambil sebab masa beli kereta tu innsurnce tu baru introduced. Ejen kereta kitorang yang Cina umur 50 tahun tu pun tak tau, bila dia find out siap cakap, “Bank ni jahat, mereka tak beritahu”. Takpelah, saya continue guna kereta tu walau mahal sebab masa arwah pergi, kereta baru beli setahun. Nak trade in tak mampu sebab loan kat bank banyak lagi, kena top up puluh ribu. Takpe, Allah sentiasa pastikan rezeki saya cukup. Satu lagi, kereta tu waris boleh guna sampai bila-bila kalau ada Surat Kuasa. Kalau takde surat tu, boleh renew insurance dan road tax up to 3 years je. Surat Kuasa ni saya explain kat bawah nanti. Tapi bila renew road tax kena renew every 6 months, bukan setahun macam biasa ye.
4. Insurans
Kalau si mati ada ambil insurance of course waris dapat pampasan la. Semua tahu kan. Yang saya nak cerita kalau si mati ambil insurance untuk orang lain, like his kids and wife. Bila dia meninggal, insurance tu akan continue automatically sebab selalunya ia covered by insurance. Alhamdulillah kan?
5. Akaun Bank
Kalau waris tahu no pin kad atm si mati, senang. Saya dan suami tak kongsi maklumat bank, termasuk la no pin. Ye la, kan takleh bgtau orang. Lagipun, saya shopaholic sedangkan suami jimat dan suka buat investments. Bahaya la kalau saya tau no pin dia kan? So, bila dia sakit tu, susah la sikit. Mujur saya bekerja.
Tapi nak access akaun dia kat bank bergantung kepada jumlah duit dalam akaun. Kalau ada kurang daripada RM5k, bank boleh transfer ke akaun waris jika ada akaun di bank yang sama. Jika lebih daripada RM5k, duit tu pergi ke Amanah Raya. Kalau melalui Amanah Raya, tak beraya la jawabnya. Haha. Sorry, lame joke.
6. Surat Kuasa
Okay yang ni agak tedious. Waris kena ambil borang di Pejabat Tanah dan senaraikan harta si mati IN DETAIL ye. Harta ni termasuk rumah, tanah, kereta, wang dalam bank, unit amanah, etc. Lepas tu submit ke Pejabat Tanah beserta dokumen berkenaan sebagai bukti. Contohnya kalau rumah, kena ada geran. Kalau loan bank tak habis lagi, maknanya geran takde dgn kita selalunya. So kena pergi ambil geran sementara. Saya di Selangor jadi saya ambil di Bangunan SUK di Shah Alam. Kena bayar RM50 kalau tak silap. Geran sementara tu sah sebulan je tau so lepas settle tu silalah bergegas submit dengan borang Tuntutan Harta Pusaka di Pejabat Tanah.
Lepas tu, tunggu surat untuk dipanggil bicara di Mahkamah Rendah kalau nilai harta kurang daripada RM5 juta. Saya tunggu dalam sebulan kot. Bila hadir bicara, kena bawa 2 saksi ye. Jangan lupa bawa dokumen sokongan macam geran tanah, geran kereta, statement bank, etc. Bicara tak lama pun tapi majistret akan tanya soalan tentang si mati. Saya dan saksi (kawan saya) menangis sebab soalan yang ditanya agak brutal (si mati ada beristeri lain? ada anak dengan perempuan lain? dan lain-lain.)
Pengalaman saya tuntut harta pusaka ni mudah sebab keluarga arwah suami tak nak tuntut apa-apa sebab kesiankan anak-anak saya. Masuk court pun depa tak nak hadir, sampaikan majistret pun hairan diorang tak nak tuntut sebab arwah suami tinggalkan banyak duit. Tapi kalau keluarga si mati tu nak tuntut, itu akan ambil masa, especially untuk capai persetujan semua pihak.
Majistret lepas tu akan buat estimation nilai harta dan kita kena buat bayaran berdasarkan kiraan tu dalam tempoh sebulan rasanya. Kalau dalam RM200k, kena bayar dalam RM1000 lebih. Surat Kuasa sebagai pentadbir harta boleh ambil di Pejabat Tanah lepas sebulan lebih. Doalah supaya Dia permudahkan urusan kita. Surat Kuasa ni penting sangat untuk waris mentadbir dan mengurus harta ye, macam nak renew road tax dan insurance kereta, nak keluarkan duit di bank, unit trust, etc. Simpan elok-elok dan buat salinan banyak-banyak sebab kadang-kadang pihak bank akan ambil bila kita buat urusan.
Rasanya ni je kot urusan yg saya boleh share. Seperkara untuk ingatan semua, bila kehilangan dengan korang tersayang, surround yourself with people who remind you about akhirat. Kata-kata dari orang-orang sebegini akan membuatkan kita rasa kematian dia adalah satu khabar gembira kerana dia sudah di barzakh, tak lagi berbuat dosa dan disibukkan dgn hal-hal dunia.
Semoga Dia juga memberi kita kesudahan yang baik.