Bangun Awal, Elak Tol - Menteri Mahu Saman Malaysiakini.

Datuk Abdul Rahman Dahlan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laman portal Malaysiakini kerana didakwa melaporkan kenyataannya di luar konteks.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, keputusan mengambil tindakan mahkamah terhadap portal pro pembangkang itu adalah ekoran isu kononnya beliau menyuruh warga kota bangun awal bagi mengelak tol baru-baru ini.
“Malaysiakini memilih untuk memuatnaik video mengenai orang ramai berhubung kenyataan migrasi penduduk yang telah disunting, tanpa memberi konteks sebenar di sebalik jawapan saya.
“Kenyataan yang tidak lengkap memberi gambaran bahawa saya tidak sensitif dan menghina penduduk bandar sehingga ia menjadi bahan lawak di laman sosial untuk menghina saya,” katanya dalam sidang media pada Rabu, memetik laporan Free Malaysia Today.
Abdul Rahman berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan tindakan kehakiman terhadap Malaysiakini.
Langkah itu katanya, bagi memberikan peringatan kepada portal media atas talian bahawa mereka juga harus bersifat profesional dengan tidak mengkrompomi fakta bagi tujuan menghina.

Related Posts