Petua Halau Tikus & Lipas Dengan Menggunakan Kulit Telur.

Oleh : Normila Mustoffa

JOM HALAU TIKUS & LIPAS!

Makhluk perosak seperti tikus & lipas sering kali membuatkan tidur kite asyik terganggu. Tikus ni bukan sahaja merosakkan barangan di rumah malah pembawa penyakit. 

Jika tikus ni beranak pinak maka bertambahlah kerosakan barangan di dalam rumah kite. Lipas juga tak kurang hebatnye. Merayap tetengah malam ke dalam tong sampah. Pastu singgah dan jenguk menjenguk kat makanan kite. Haa. 

Tu belum masuk fasa lipas terbang. Aisshh. Kecoh dan boleh retak dinding rumah dengan pekikan sore kak mila korang ni. Geli weii. 

Korang kene ingat yang lipas ni kite tak boleh bunuh sembarangan. Dalam badan lipas ni ade sejenis parasit yang sangat bahaya.

Satu lagi semut. Meskipun nampak semut ni makhluk yang lemah dan tak bersalah, sebenarnye dalam diam dia gigit kite. Bengkakkk. Tambah pule kalau semut ni "jenjalan" ke dalam telinge kite. Perrgghh..sakit.

Petua kali ni dengan menggunakan apa yang selalu kite buang. KULIT TELUR. 


CARANYA ;

1. Keringkan KULIT TELUR.

2. Kemudian giling atau blend untuk hancurkannya. Sehingga menjadi serbuk. 

3. Kemudian tabur serbuk tadi ke kawasan yang selalu ada tikus, lipas dan semut.

4. Selain itu, serbuk KULIT TELUR juga boleh membunuh beberapa jenis haiwan perosak tanaman. Antaranye, siput babi, kumbang dan kutu. Tabur pada daun dan sekeliling tanaman. 

SELAMAT MENCUBA!!!

Related Posts