Tips Membeli Ikan Segar - Apa Yang Anda Patut Tahu!

Tips Memilih Ikan Segar

Mahu beli ikan tetapi tak tahu macam mana nak bezakan jika ikan itu segar atau tidak?

Mahu beli ikan tetapi tak pasti jika ikan itu ikan lama ataupun ikan baru - tak pasti jika harga yang ditawarkan berpatutan atau tidak?

Rugilah kalau beli ikan mahal-mahal tapi rupanya sudah tidak segar lagi, kan? Berikut dibawah ialah tips-tips yang anda perlu tahu sebelum keluar ke pasar dan membeli ikan! 


Antara tips memilih ikan segar adalah; 

1. Ikan yang licin dan berlendir permukaannya menandakan ikan itu tidak diawet. 

2. Kalau anda membeli ikan yang dihiris atau sudah dipotong-potong, yang perlu diperhatikan ialah cium bau daging ikan. Jika aromanya tidak meloyakan, bermaksud ikan itu segar. Tetapi jika sudah berbau busuk yang menusuk hidung bermaksud ikan itu sudah tidak segar. 

3. Sentuh dan tekanlah daging ikan. Jika terlalu keras seperti lobak merah kemungkinan ikan tersebut sudah diberi bahan pengawet atau telah dibekukan. 

4. Lihat juga warna dari dagingnya, ikan yang segar warna dagingnya cerah, sedangkan ikan yang berpengawet cenderung pucat dan tidak ada lalat yang mendekati. 

5. Kebiasaannya selak pipi ikan itu bagi membolehkan anda melihat warna insangnya. Ini adalah cara yang paling biasa dilakukan apabila memilih ikan. 

6. Jika anda perlu membeli ikan untuk simpanan stok, pastikan ikan itu disimpan di dalam peti beku. Janganlah dibiarkan ikan terlalu lama pada suhu bilik bagi memelihara kesegarannya. 

Keadaan/rupa ikan yang masih segar atau baru turun dari laut, sungai;

1. Warna kulit ikan terang dan cerah 

2. Ikan yang bila ditekan terasa keras dan tegap

3. Mata ikan jernih menonjol dan cembung 

4. Sisik ikan segar masih kuat melekat kuat dan berkilat. Malahan sisik tidak akan tertanggal jika dipegang. 

5. Insangnya berwarna merah 

6. Siripnya kuat. 

7. Kulit dan daging ikan tidak mudah koyak, terutama pada bahagian perut. 

8. Kurang hanyir, bau tidak kuat, tidak busuk.

Keadaan/rupa ikan yang tidak lagi segar;

1. Mata ikan yang suram, merah dan tenggelam. 

2. Sisik mudah tertanggal walaupun cuma disentuh. 
 
3. Insang berwarna kekelabuan, kehitaman dengan mempunyai lendir yang melekit. 

4. Dinding perut sudah lembik dan mudah pecah, koyak. 

5. Warna keseluruhan badan ikan kekusaman dan baunya sangat kuat (hanyir, busuk).

Related Posts