Sridevi
Kapoor, aktres Bollywood terkenal meninggal dunia kerana komplikasi
jantung di Emeriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu malam pada usia 54
tahun.
Abang iparnya mengesahkan berita itu menerusi media Indian Express.
Sridevi bersama keluarganya berada di UAE untuk menghadiri majlis perkahwinan. Ketika menghembuskan nafas terakhirnya, suaminya yang juga produser Boney Kapoor dan anak perempuan, Khushi berada di sisi.
Sridevi
pernah membintangi filem dalam pelbagai bahasa termasuk Tamil, Telugu,
Malayalam dan Kannada sebelum beralih kepada Hindi.
Kejayaannya menyamai pencapaian pelakon Jaya Prada yang juga kelahiran India Selatan dan menempa nama di Bollywood.
Kerjaya lakonannya bermula pada usia empat tahun apabila membintangi filem "Thunaivan" arahan M.A.Thhirumugham.
Pada
usia 12 tahun pula, bakat Sridevi menarik perhatian penerbit filem
Bollywood apabila berlakon filem "Julie", dan seterusnya melakonkan
watak dewasa menerusi filem arahan K.Balachander, "Moondru Mudichu"
bersama Kamal Hassan.
Pada
1978, Sridevi diberi kepercayaan sebagai pelakon wanita utama menerusi
"Solva Sawna" dan 1983, Himmatwala, selain beberapa filem lain seperti
"Mr India" dan "Chandi".
Selepas agak lama menyepi, Sridevi tampil dengan filem blokbuster "English Vinglish" pada 2012 dan tahun lalu menerusi "Mom".
Sridevi
dicalonkan untuk 10 Anugerah Filmfare dan memenangi lima daripadanya,
selain diiktiraf kerajaan India menerusi Padma Shri pada 2013. - Mstar