9 Filem Bencana Korea Yang Anda Mesti Mesti Tonton!

Setakat ini penulis telah menonton empat daripada 9 yang disenaraikan iaitu, Pandora, Train To Busan, Tunnel dan The Tower. Keempat-empat filem yang turut disenaraikan oleh KakiMuvee ini sememangnya berbaloi untuk ditonton.

Untuk anda yang tercari-cari filem untuk ditonton bagi menghabiskan masa hujung minggu anda mungkin boleh menyemak dari senarai filem yang terpapar dalam artikel ini.

Layan!

Oleh : Kakimuvee

1. The Flu (2013) 9/10

Sekumpulan pendatang asing diseludup masuk ke Korea Selatan. Salah seorang pendatang asing adalah pembawa virus yang membawa maut dan sangat berjangkit. Hanya seorang pendatang asing yang hidup, manakala yang lain semuanya mati.

Tidak lama kemudian, beribu-ribu orang dijangkiti dalam setiap jam oleh virus yang membawa maut ini, yang membunuh dalam tempoh 36 jam selepas dijangkiti. Keseluruhan penduduk di pinggir bandar Bundang dikuarantin oleh kerajaan dengan usaha keras untuk menghentikan virus itu daripada terus merebak.



2. The Host (2006) 9/10

Pada tahun 2000, ahli patologi ketenteraan Amerika mengarahkan pembantunya berbangsa Korea, melanggar protokol dengan membuang lebih daripada 200 botol toksik kimia formaldehyde ke dalam sinki alasannya hanya kerana botol-botol tersebut sudah berhabuk, saluran sinki itu menuju ke Sungai Han.

Dalam beberapa tahun kemudian, terdapat penemuan makhluk amfibia yang aneh di dalam air dan berkembang menjadi rasaksa yang memusnahkan penempatan dan membahayakan penduduk setempat.



3. Deranged (2012) 9/10

Ada satu wabak telah merebak mengakibatkan mangsa melompat ke dalam sungai dan lemas kerana berasa dahaga yang melampau, menyebabkan situasi panik di seluruh negara. Kerajaan mengisytiharkan keadaan sebadai kecemasan dan darurat.

Jurujual pembekal perubatan, Jae-Hyuk (Kim Myung-Min) mengesyaki keluarganya menunjukkan tanda-tanda yang sama dijangkiti wabak tersebut. Melalui adiknya, Detektif Jae-Pil (Kim Dong-Wan), Jae-Hyuk mengetahui terdapat penawar yang disimpan di sebuah gudang.



4. Pandora (2016) 8/10

Jae-Hyeok (Kim Nam-Gil) tinggal bersama ibunya (Kim Young-Ae), kakak iparnya (Moon Jeong-Hee) dan anak saudara lelakinya, Min-Jae (Bae Gang-Yoo). Dia bekerja di loji janakuasa nuklear tempatan.

Sementara itu, Pyung-Sub (Jung Jin-Young) bekerja di kilang janakuasa nuklear yang sama, bimbang tentang keadaan di sana, tetapi tidak ada seorang pun dalam kerajaan yang mengambil pusing tentang masalah di sana. Gempa bumi menyerang bandar di mana mereka tinggal, dan menyebabkan ledakan di loji janakuasa nuklear. Situasi ini dengan cepat mengakibatkan seluruh negara menjadi panik.



5. Tidal Wave (2009) 8/10

Gempa bumi bawah air mencetuskan tsunami yang menghancurkan bandar peranginan Korea Selatan.



6. Tunnel (2016) 8/10

Lee Jung-Soo (Ha Jung-woo) memandu pulang dari tempat kerja ke rumah untuk menyambut hari jadi anak perempuannya. Semasa memandu melalui terowong yang melintasi gunung, perkara yang tidak diingini berlaku. Terowong runtuh.

Apabila Lee Jung-Soo sedar dari pengsan, dia mendapati dirinya terperangkap di dalam kereta. Keretanya sendiri 'terkubur' di bawah beribu-ribu tan konkrit dan serpihan. Apa yang dia ada di dalam kereta hanyalah telefon bimbitnya, 2 botol air dan kek hari jadi anak perempuannya.



7. Train To Busan (2016) 9/10

Seok-woo (Gong Yoo) adalah pengurus kewangan di Seoul. Seok-woo berpisah dari isterinya dan tinggal dengan anaknya Soo-an (Kim Soo-Ahn). Seok-Woo tidak banyak menghabiskan masa dengan anak perempuannya atau menunjukkan kasih sayang kepadanya. Pada malam sebelum hari jadi Soo-An, Soo-An berkeras mahu berjumpa ibunya sempena hari jadinya. Seok-Woo tidak mempunyai pilihanlain, tetapi terpaksa untuk membawa Soo-an ke Busan.

Pagi keesokan harinya, mereka naik kereta api laju Korea Train eXpress (KTX) ke Busan dari Stesen Seoul. Sebelum kereta api KTX meninggalkan Stesen Seoul, gadis seperti zombie melompat ke atas kereta api. Gadis itu dijangkiti virus yang dahsyat yang menyebar dengan pantas. Seok-Woo, Soo-An dan penumpang lain di kereta api KTX kini mesti berjuang demi kehidupan mereka dari virus yang akan mengakibatkan manusia menjadi zombie.



8.
The Terror Live (2013) 8/10

Mengisahkan pembaca berita (Ha Jung-woo) yang bercita-cita tinggi tetapi kerjayanya sudah malap, untuk menaikkan kembali kerjayanya sebagai pembaca berita, dia memonopoli siaran langsung serangan pengganas menyusul letupan Jambatan Mapo di Sungai Han.



9. The Tower (2012) 8/10

Satu kebakaran telah mengakibatkan kemusnahan menara berkembar mewah di tengah-tengah bandar Seoul pada malam perayaan Krismas.


Related Posts