Analisis Krisis Ekonomi Turki Ogos 2018.

Oleh : Ayman Rashdan Wong

Ekonomi Turki dalam bahaya sekarang. Sejak Jumaat lepas nilai matawang Turki (Lira) sudah merudum sebanyak 30%, dari 1 Dolar US = 5.30 Lira jatuh jadi 1 Dolar US = 7.00 Lira.

Punca? Trump punya pasai lah. Jumaat lepas Trump telah menggandakan tarif ke atas besi keluli dan aluminium keluaran Turki. Tarif atas keluli dari 25% naik jadi 50%, aluminium dari 10% jadi 20%. Gila. Disebabkan keluli antara eksport Turki ke US yang penting, maka pelabur semua cabut dari pasaran Turki.Permintaan terhadap Lira habis menyusut.


Apasai Trump nak buat hal tiba-tiba? Trump dah lama dah tak puas hati sama Erdogan. Yang jadi trigger baru-baru ni Trump minta Erdogan melepaskan warga US bernama Andrew Brunson yang ditahan sejak kejadian kudeta 2016. Erdogan mestilah tak bagi muka. Jadi Trump main trade war, tengok siapa lagi bertahan.

And of course, 項莊舞劍意在沛公, sebenarnya Trump sedang memberi signal kepada China bahawa dia boleh go beyond tarif 25/10 yang dikenakan ke atas barangan China sekarang.

Turki punya ekonomi sebenarnya dah ada banyak masalah. Sekarang Trump buat lagu ini, payah juga Erdogan nak respon. Selalunya kalau kerajaan nak menstabilkan nilai matawang, bank pusat boleh pilih antara cara menaikkan kadar faedah atau mengguna rizab pertukaran asing untuk beli Lira di pasaran.

Untuk masa ini Erdogan dua-dua cara pun tak nak pakai. Beliau punya menantu dan juga Menteri Kewangan Turki, Berat Albayrak kata dia ada pelan. Apakah pelan tersebut biar kita tunggu dan lihat.

Pada masa yang sama Erdogan sedikit pun tak tunjuk gentar. Beliau kata ini semua konspirasi Zionis dan US untuk sabotaj Turki, rilek je beliau kata "onların dolarları varsa, bizim Allah'ımız var" (diorang ada Dolar, kita ada Allah). Dahsyat. Memang benarlah orang kata Erdogan singa Islam.

Sebagai graduan sains sosial den tak bolehlah terus nak kagum beliau. Kita kena pakai kerangka "political economy" find out kenapa beliau enggan menaikkan kadar faedah, adakah itu ada kaitan dengan kepentingan ekonomi penyokongnya dan kroninya atau sebaliknya. Kena tengok apakah langkah pelan yang dimaksudkan. Nescaya setiap dasar ekonomi ada dia punya logik politik.

Tapi negara sekutu Turki iaitu Qatar dan Iran betul-betul menunjukkan sikap solidariti, masing-masing menyeru rakyat untuk menukarkan Dolar US ke dalam Lira untuk support Turki. Tapi ekonomi dua negara ni pun bukanlah mantap, jadi tak membantu sangat dalam menstabilkan nilai Lira.

Eropah dah kena tempias krisis Turki ini, perkataan "contagion" jadi trending sekarang rata-rata semua risau krisis Turki akan merebak ke seluruh dunia. Timing pun dekat-dekat dengan kitaran 10-tahun krisis kewangan (1985-86, 1997-98, 2008-2009). Seram seram. Jadi harap krisis ini tidaklah menjangkit ke Malaysia, tak rasa kita ni dah ready untuk krisis kewangan buat masa ini.

Related Posts